
Alhamdulillah, Aqsa Syarif Kuala Selangor telah dijemput oleh Persatuan Dinamik, Kampus UiTM Puncak Alam untuk menyertai program Remembrance of Al-Quds pada 21 Ogos yang lepas. Mereka juga telah menjemput Ustaz Hassanudin untuk memberi ceramah Palestin terutama mengenai peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh pengganas Yahudi pada 21 Ogos 1969.
|
|
|
Dengan penuh semangat dan kepelbagaian cara penyampaian ceramah, Ustaz Hassanudin telah berjaya menarik minat yang amat mendalam dikalangan pelajar yang hadir untuk sama-sama menyertai perjuangan menyelamatkan Al-Aqsa dan membebaskan Palestin. Seramai 80 orang pelajar hadir ketika program. Kutipan sumbangan adalah sebanyak RM253.00 dan jualan RM420.00.
Tahniah diucapkan kepada Akhi Shahir, Akhi Saad Zamani dan AJK program yang melaksanakan program tersebut. Semoga Allah memberkati dan merahmati segala usaha kita insya Allah.
Abu Aiman
Pengerusi Aqsa Syarif Daerah Kuala Selangor
Senior Fellow, PACE Klang





