
Gaza City, 24 Januari 2012 - Aqsa Syarif Berhad, diwakili Pengerusi, Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor telah menghadiri majlis pembukaan pejabat Aqsa Syarif di Gaza, tengahari semalam. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kebajikan Sosial dan Tenaga Buruh, Ahmad al-Kurd.
“Kami mewakili kerajaan dan rakyat Palestin akan sama-sama bekerjasama dalam membantu mempermudahkan segala urusan pejabat Aqsa Syarif, dan kami sangat mengalu-alukan pembukaan pejabat ini,” kata beliau.
Dalam pada itu, Dr. Hafidzi pula memberi ucapan, kata beliau : “Pembukaan pejabat Aqsa Syarif ini diharap dapat memudahkan lagi pemantauan projek-projek Aqsa Syarif di Gaza dan memudahkan analisa segala keperluan rakyat Palestin dengan lebih teliti dan telus.”
Majlis dihadiri oleh beberapa wakil badan kebajikan di Gaza serta pihak media tempatan.



