
Jabalia, 24 Januari 2012 - Pada hari ketiga di Gaza, anggota misi BoT to Gaza (B2G) dibawa menjelajah daerah Jabalia melalui beberapa projek yang dijalankan dengan kerjasama Islamic Society of Jabalia (ISJ) . Ahli B2G yang diketuai Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Dr. Selamat Aliman, Ustaz Kamaruzzaman Abd Rahim dan Saudara Abdul Azim Ismail telah diberi penghormatan menyampaikan sumbangan pek bahan makanan kepada para fakir dan miskin. Setiap pek mengandungi roti, ikan dan keju hasil daripada projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.
Setelah itu, mereka dibawa pula ke pejabat ISJ bagi melihat sendiri cara pengurusan mantap berprofil profesional yang dilaksanakan. Dalam pada itu, ahli B2G kemudiannya dibawa ke bilik mesyuarat bagi menyerahkan sumbangan wang kepada lebih 30 anak yatim di Gaza.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Di samping itu, ahli B2G dibawa ke kilang membuat keju, menggunakan hasil susu lembu dari ladang ternakan di Gaza, bawah tajaan Aqsa Syarif. Setelah itu, ahli B2G dibawa ke ladang ternakan lembu tajaan Aqsa Syarif dan kilang roti ‘Malaysian-Palestinian Friendship Bakery’ .
Pada akhir lawatan hari ketiga, pihak ISJ membawa ahli misi B2G melawat kolam ternakan ikan, di Gaza City dan dijamu dengan sajian ikan panggang dari kolam tersebut.









