
Pada hari Sabtu, 25 Februari yang lalu, Aqsa Syarif Hulu Langat telah membuka gerai pameran dan jualan di Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra sempena sambutan Maulidur Rasul. Alhamdulillah, gerai Aqsa Syarif telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung program.
Sebanyak RM 389.00 telah berjaya dikutip dari tabung sumbangan Palestin dan sedikit jualan telah dibuat.

Aqsa Syarif Hulu Langat ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Faridz yang telah memberikan ruang kepada Aqsa Syarif untuk membuat pameran pada program di surau tersebut disamping membantu Aqsa Syarif mengendalikan gerai tersebut.
Mahathir Said
Aqsa Syarif Hulu Langat



