Sumbangan kepada Islamic University of Gaza


Islamic University of Gaza (IUG) mempunyai 20,639 pelajar iaitu 19,355 prasiswazah dan 915 pasca siswazah.

Semasa lawatan B2G Aqsa Syarif kami dimaklumkan bahawa terdapat kira-kira 200 pelajar prasiswazah yang mengalami kesukaran untuk meneruskan pengajian disebabkan oleh masalah kewangan. Mereka perlu menjelaskan yuran pengajian semester yang akan bermula.

Kami telah membuat keputusan untuk memberi sumbangan sebanyak USD 15,000.00 bagi tujuan tersebut. Alhamdulillah wang tersebut boleh dimanfaatkan untuk melunaskan yuran pengajian untuk 20 orang pelajar. Aqsa Syarif dibekalkan proposal bantuan pelajar miskin IUG. Insya Allah ahli-ahli Lembaga Aqsa Syarif akan berbincang dalam masa yang terdekat bagaimana langkah seterusnya untuk mengurangkan beban kewangan pelajar-pelajar miskin di Gaza akibat sekatan dan kepungan Israel. Bagi kami ini adalah bantuan yang wajar diberi keutamaan kerana ia melibatkan usaha pembinaan modal insan di Gaza yang sangat penting untuk masa depan rakyat Palestin.

Layari laman web IUG di: http://www.iugaza.edu.ps/en/