Antara misi dan projek Palestin yang dijalankan oleh Aqsa Syarif:
Yang sedang berjalan
| NAMA PROJEK/JANGKAMASA | MAKLUMAT RINGKAS |
| Rose2Rose – Dari Wanita Untuk Wanita
|
Mewujudkan sebuah pusat komuniti khas untuk wanita di Semenanjung Gaza yang menyediakan khidmat pemulihan dan latihan merangkumi kemahiran kraftangan, jahitan, ukiran, seni grafik, permainan kanak-kanak dan lain-lain. Anggaran keseluruhan kos projek berjumlah RM 300,000.00. Projek diusahakan dengan kerjasama Persatuan Wanita Muda Islam Gaza. |
| Projek Kilang Roti
|
Kos projek bernilai USD 200,000 (RM 630,000.00) termasuk sewaan bangunan. Kilang ini mampu memberikan peluang pekerjaan untuk 20 orang serta menyediakan keperluan roti untuk seluruh bandar Beit Lahiya di utara Gaza. Diuruskan oleh Islamic Society Beit Lahiya. Kilang pertama yang diberi nama Malaysian-Palestinian Friendship Bakery telah berjaya dibina dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia. |
| Projek Penajaan Keluarga Miskin dan Anak Yatim Palestin
|
Projek menaja keluarga miskin (KMP) dan anak yatim (AYP), meliputi Gaza dan Tebing Barat. Sebuah keluarga Palestin dibahagikan kepada unit-unit untuk ditaja iaitu di antara 50 sehingga 80 unit. Paling rendah ialah RM35 seunit sebulan, untuk jangkamasa minima 12 bulan. Untuk anak yatim pula, kos minima adalah RM170 sebulan untuk jangkamasa minima 12 bulan. Projek diuruskan oleh Wafrah (keluarga miskin) dan Takaful For Child Welfare (anak yatim). |
| Projek Bantuan Beg Sekolah | Nilai projek dianggarkan sejumlah USD 175,000.00 (RM 550,000.00). Penajaan adalah sebanyak RM 100.00 bagi seorang seorang pelajar dan sejumlah sehingga 5,000 orang pelajar akan mengambil bahagian. Projek ini merangkumi bekalan beg sekolah, alat tulis dan pakaian pelajar. Projek ini akan dijalankan secara berperingkat. |
| Projek Bantuan Kanak-Kanak Pesakit Kanser di Hospital Rantisi | Pemberian bantuan dari aspek keperluan kanak-kanak dan keluarga dengan anggaran sekitar RM 250,000.00 setahun. Diuruskan oleh Institute Khatwa Youth di Gaza City. |
| Projek Bantuan Membangunkan Sosio-Ekonomi Keluarga Miskin | Projek dianggarkan bernilai Euro 300,000.00 (RM 1.2 juta). Pembiayaan serta bantuan modal permulaan dan modal pusingan perniagaan dan perusahaan kecil-kecilan. Diuruskan oleh Al-Najdah Social Asssociation Gaza dan Emaar Association di Khanyounis, selatan Gaza. |
| Projek Ternakan Lembu, Kambing, Ayam dan Arnab | Projek dianggarkan bernilai RM 300,000.00 (USD 100,000.00). Projek ini bagi memenuhi keperluan bekalan daging tempatan yang kini kekurangan sehingga -40%. Ianya bukan sahaja akan memberi peluang pekerjaan masyarakat luar bandar, malah akan menaikkan ekonomi dan menambahkan bekalan keperluan daging di Jabalia. Diuruskan oleh Persatuan Islam Jabalia. |
| Projek Ternakan Ikan Air Tawar dan Kilang Memproses Makanan Ikan | Kos projek dianggarkan sejumlah RM 300,000.00. Sejak sekatan dan kawalan perairan laut di barat Gaza, para nelayan dihalang untuk ke laut. Oleh itu projek ini akan membantu menurunkan kos operasi projek di samping membantu menyediakan keperluan ikan tanpa perlu bergantung kepada makanan ikan yang terlalu mahal yang diperolehi dari Israel. Teknologi dari Korea telah dikenalpasti bagi menjayakan projek ini. Diuruskan oleh Persatuan Islam Gaza yang telah berjaya memulakan projek fasa pertama. |
| Projek One Family One Lamp (OFOL) |
Aqsa Syarif bersama Viva Palestina Malaysia, bekerjasama mendapatkan tajaan bagi menyinari rumah-rumah di Gaza dengan sebuah lampu meja solar (PV) bagi setiap rumah. Bekalan elektrik di Gaza sering terganggu oleh sekatan dan catuan yang dikenakan rejim Zionis. Ini amat menyukarkan kanak-kanak untuk belajar. Sebuah lampu berharga RM 60.00. |
Yang terdahulu
| NAMA PROJEK/JANGKAMASA | MAKLUMAT RINGKAS |
| Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ)
30 Mac 2012
|
Malaysia telah menyertai komuniti dan masyarakat antarabangsa dalam menyatakan sokongan menentang segala bentuk penindasan di Palestin sempena Land Day pada 30 Mac 2012. Satu jawatankuasa telah dibentuk untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah disertai oleh pelbagai organisasi di Malaysia termasuk Aqsa Syarif. Selain dari itu, seramai 23 orang delegasi telah dihantar ke Amman, Jordan bagi menyertai perhimpunan GMJ antarabangsa. |
| Misi Audit Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif ke Gaza (B2G)
23 – 26 Januari 2012
|
Misi yang disertai oleh 4 orang peserta ini telah menjalankan pengauditan terhadap projek-projek yang diusahakan di Gaza. Diketuai oleh Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif, misi juga telah berkesempatan mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak di sana selain menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia secara terus kepada mereka yang memerlukan. |
| Konvoi AQSA2Gaza2 (A2G2) “Ramadhan Di Palestin” 20 – 28 Ogos 2011
|
Konvoi seramai 12 orang ini telah berada di Gaza untuk membantu dan meneruskan projek-projek yang telah diusahakan sebelum ini. Tiga misi utama konvoi ini adalah:
- Menghantar 1000 beg sekolah bersama alat tulis. RM 100.00 untuk satu beg dalam projek yang diberi nama, Back To School. |
| Konvoi Darat ke Gaza – Aqsa2Gaza Viva Palestina 5
18 September 2010 – 21 Oktober 2010
|
Konvoi VP5 yang disertai oleh sukarelawan dari pelbagai negara dan diwakili oleh 5 orang sukarelawan Viva Palestina Malaysia dan 7 orang sukarelawan dari Aqsa Syarif, telah memulakan perjalanan dari London, UK pada 18 September 2010. Konvoi telah membawa bantuan perubatan dan sumbangan bernilai jutaan dollar merentasi beberapa buah negara Eropah dan Asia Barat. Akhirnya konvoi tiba di Gaza pada hari Khamis, 21 Oktober 2010. |
| Kempen Bersamamu: Palestin TV3
18 Ogos 2010 – 8 September 2010
|
Projek kerjasama dengan Media Prima Berhad menerusi saluran TV3. Menerusi projek ini, 4 episod khas Bersamamu telah diterbitkan dengan pengisiannya mengenai kem-kem pelarian Palestin di Lubnan. Turut serta dalam rancangan ini adalah Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin TV3 iaitu penyanyi terkenal, Faizal Tahir. |
| Misi Kemanusiaan LifeLine 4 Gaza dengan menaiki kapal flotilla Mavi Marmara | Aqsa Syarif telah diwakili oleh Mantan Pengerusinya sendiri iaitu Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus di samping pertubuhan-pertubuhan Malaysia lain seperti HALUAN, Muslimcare, PACE, JIM dan Yayasan Amal. Misi ini bertujuan untuk memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza tetapi telah mengorbankan para syahid iaitu 9 orang dari Turki apabila tentera Israel melakukan pencerobohan ke atas kapal tersebut. Namun insiden ini telah berjaya membuka mata masyarakat dunia tentang kekejaman Israel. |



