Print

Program CARE4Yateem dilancar

JOHOR BAHRU, 10 Februari 2018 - Tadika & Taska Iman (IMAN) dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah melancarkan Program CARE4Yateem, iaitu suatu program yang bertujuan menanamkan nilai-nilai murni kasih sayang dan cintakan nilai kemanusiaan.

IMAN mempunyai 22 buah cawangan di Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar dengan bilangan pelajar sejumlah 1,200 kanak-kanak. Pengarah Urusan IMAN, Hajah Nailah Tang Abdullah menyatakan bahawa, nilai-nilai murni sentiasa menjadi teras di dalam pendidikan Iman melalui beberapa pendekatan yang sesuai di peringkat tadika agar anak-anak semenjak di awal pendidikan memahami dan menjiwai nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Pada tahun ini, Iman bersama MyCARE akan melaksanakan program CARE4Yateem yang memberi focus kepada menyayangi rakan-rakan mereka di negara-negara bergolak seperti Palestin, Syria, Iraq dan lain-lain. Ribuan anak-anak kecil di negara-negara bergolak kehilangan ayah atau kedua-dua ibu bapa disebabkan peperangan dan serangan Israel terhadap Gaza. Sebagai bandan kemanusiaan, MyCARE sehingga kini sedang menguruskan tajaan hampir 4,000 anak-anak yatim di negara-negara bergolak melalui pemberian wang tunai secara bulanan hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE Johor

Pada tahun lepas IMAN berjaya menghulurkan sumbangan sejumlah RM170,000 hasil program Sayangkan Ummah dan telah disalurkan untuk tajaan Ramadhan dan tajaan 50 anak-anak yatim di Gaza selama satu tahun. Melalui program CARE4Yateem tahun ini yang akan dilaksanakan di semua cawangan IMAN, menyasarkan kutipan sejumlah RM200,000.00.

Di dalam pelancaran CARE4Yateem yang diadakan di Auditorium RTM Johor Bahru bersempena Seminar Keibubapaan IMAN yang disenggarakan oleh penceramah terkenal keibubapaan iaitu Ibu Rose. Pengerusi MyCARE Johor, Dr. Mohd Zin Kandar telah menyerahkan secara simbolik tabung-tabung CARE4Yateem kepada Hajah Nailah utuk diedarkan kepada semua cawangan IMAN.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud