Print

Syahidnya seorang pencinta al-Quran

Alhamdulillah. Pengebumian jenazah Imam Dr. Fadi telah selesai diuruskan. Dr. Fadi yang berasal dari Jabalia, Gaza berhijrah sebentar di Malaysia dan kini pulang ke kampung halamannya.

Al-marhum dikebumikan selepas Maghrib waktu tempatan. Jenazah beliau diarak ribuan penduduk Gaza yang cemburu dengan kesyahidan beliau. Balu dan anak-anak al-marhum juga telah bertemu kembali dengan keluarga Dr. Fadi. Bagi Doaa, Aseel, dan Muhammad pertemuan ini adalah pertemuan kali yang pertama dengan keluarga mak dan ayah as-Syahid.

Pihak Aqsa Syarif dan MyCARE mengucapkan TAHNIAH dan JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei dan seluruh masyarakat dunia di atas keprihatinan dan sokongan yang telah diberikan.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memainkan peranan dalam melancarkan pengurusan jenazah As-Syahid Dr. Fadi. Tidak dilupakan kepada para penyumbang yang telah menyumbang untuk keluarga as-Syahid. Pejabat kami di Gaza akan mengenalpasti keperluan keluarga as-Syahid dan seterusnya menyalurkan sumbangan anda.

Pergi satu, lahirnya 10. Inilah yang sangat kami harapkan melalui projek Adopt A Hafiz. Matlamat projek ini adalah untuk melahirkan generasi al-Quran di Palestin seperti Dr. Fadi.

Projek ini membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapat saham akhirat berterusan dengan menaja pembelajaran anak-anak di Gaza yang ingin menjadi hafiz al-Quran.

Alangkah indahnya jika anak-anak ini menjadi seperti as-Syahid. Pastinya kita akan berbangga kerana dapat menaja pembelajaran al-Quran mereka suatu ketika dulu.

15 hari lagi sebelum projek Adopt A Hafiz ini bakal ditutup. Penajaan kali ini adalah untuk batch yang kedua. (1 batch = 4 tahun). Kami mengharapkan rakyat Malaysia menyokong projek Adopt A Hafiz ini.

Ayuh bantu kami membina generasi al-Quran seperti AsSyahid Imam Dr Fadi melalui DUA CARA berikut:

 

1. INFAQ secara ONLINE: www.billplz.com/tajahafiz

atau melalui akaun atas nama HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD

MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
BANK ISLAM: 1209-20100-34904

Letakkan ref 'tajahafiz' atau Whatsapp/Telegram infaq anda ke +6019-655 1948 (En. Aiman).

 

2. SEBAR & TULARKAN

Sebar dan tularkan mesej ini kepada group Whatsapp/Telegram anda agar ramai pihak tampil membantu anak-anak kita di Gaza.

Segala bantuan dan pertolongan para dermawan, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sebarang kerjasama program, jemputan ceramah untuk isu Palestin boleh hubungi kami, +6012-2799734 (En. Aiman).

Laporan penuh batch 1:
http://bit.ly/laporan-batch1

PERGINYA SEORANG GENERASI AL-QURAN, KITA LAHIRKAN 10 ORANG HAFIZ!

Foto: Dawoud Abo

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud