Print

Berlayar ke Gaza demi masa depan yang adil untuk Palestin

AMPANG, 14 Mei 2018 – Sekumpulan rakyat Malaysia akan berlayar ke Gaza buat kali ketiga bersama-sama Freedom Flotilla Coalition (FFC).

“Right to A Just Future Palestine”, sebuah misi keamanan melalui pelayaran laut akan memecah kepungan Gaza untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia dan Malaysia khususnya akan situasi terkini di Gaza. Gaza akan menjadi negara yang tidak boleh didiami pada tahun 2020.

Misi pada kali ini akan disertai oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang tegar dengan aktiviti kemanusiaan iaitu:

1.Dr. Fauziah Hassan
2.Norsham Abu Bakar
3.Kamarul Zaman Shaharul Anwar
4.Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail
5.Dr. Mohd Afandi Salleh
6.Zool Fadli Hamzah
7.Muhammad Aiman Mohd Zin
8.Mas Ahmah binti Jonid
9.Muaz bin Ruslan
10.Dr. Yusri Musa

Terdapat lebih 10 buah negara akan turut bersama dalam misi ini dan akan melalui lebih daripada 10 buah pelabuhan di antara Copenhagen, Denmark dan Messina, Itali.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Pelayaran memecah kepungan Gaza ini akan bermula pada 20hb Mei ini, bermula dari Copenhagen, Denmark. Misi ini dijangka mengambil masa selama 2 bulan lebih, dan dijangka sampai ke Gaza pada 27hb Julai.

Untuk pengetahuan anda semua, pada tahun 2010 dan 2016, sekumpulan rakyat Malaysia di dalam misi Mavi Marmara dan Women’s Boat to Gaza telah berlayar dengan tujuan yang sama dibawah pengendalian yang sama iaitu Freedom Flotilla Coalition (FFC).

Nantikan maklumat terkini daripada facebook kami.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud