Print

MyCARE di forum kemanusiaan FESKON UTHM 2017

on .

BATU PAHAT, 10 Oktober 2017 - MyCARE Johor telah dijemput berkongsi mengenai isu kemanusiaan di Humanity Talk Session, FESKON Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2017. Turut menjadi ahli panel ialah Cik Heliza Helmi yang tidak asing lagi sebagai artis dan sukarelawan kemanusiaan.

Forum yang mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit dihadiri oleh para jemputan dan hadirin di tapak festival.

Print

Pendedahan isu Timur Tengah kepada rakyat Johor

on .

BATU PAHAT, 22 September 2017 – MyCARE telah diundang ke PLKN Sembrong dalam Majlis Forum Pemimpin Bersama Rakyat yang berkisar tentang isu Timur Tengah. Majlis pada malam itu telah dirasmikan oleh Datuk Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.

Print

Warga PSAS jayakan Kempen Save Al-Quds

on .

 
BEHRANG, 9 Ogos 2017 - Kempen Save Al-Aqsa telah berjaya dilaksanakan di Politeknik Sultan Azlan Shah. Kempen ini anjuran para pelajar DTK5A Sesi Jun 2017, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan kerjasama MyCARE kawasan Batang Padang. Penasihat program ialah Ustaz Marzuki bin Sepiaail (4 dari kiri).

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyebarkan kesedaran tentang situasi genting yang berlaku di Masjid Al-Aqsa dan isu kemanusiaan di Palestin kepada warga politeknik.
Print

Perkongsian di SMI Aman

on .

KOTA BHARU, 3 Ogos 2017 - Perkongsian khas oleh Bro Aiman Khairul Azzam bertajuk Al-Aqsa Dalam Bahaya bertempat di Sekolah Menengah Islam Aman, Kota Bharu, Kelantan bersama para pelajar di sana.

Terima kasih warga SMI Aman di atas sokongan berterusan kepada isu Palestin!

Print

Imam Palestin di Masjid Ittifaqqiyah

on .

KUANTAN, 28 Mei 2017 - Imam Mohamed Bitar telah menjadi imam Solat Tarawih di Masjid Ittifaqqiyah, Inderapura. Beliau yang merupakan salah seorang dari imam yang terlibat didalam program Imam Palestin Ramadhan MyCARE 2017 juga sempat memberikan tazkirah ringkas berkenaan isu Palestin kepada jemaah yang hadir.

Print

Sokongan Surau Amru Al-Ash untuk Palestin & Syria

on .

Jazakumullahu khairan khathira diucapkan kepada seluruh jawatankuasa dan qariah Surau Amru Al-Ash yang telah sudi mengundang MyCARE untuk memberi perkongsian tentang Syria dan Palestin serta melancarkan kempen Give Hope untuk Ramadhan pada tahun ini.

Tuan Haji Ahmad Danial Sharudin yang juga aktivis MyCARE yang merupakan Timbalan Ketua Misi A2G pada 2013 telah memberikan pengisian tentang kesengsaraan saudara-saudara kita di Syria dan Palestin dan memerlukan doa dan bantuan dari seluruh rakyat Malaysia amnya.

Semoga Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang terbaik yang bakal kita lalui. Terimakasih buat semua qariah Surau Amru Al-Ash atas sokongan dan bantuan yang telah dihulurkan.

"Ibadah Kita Kegembiraan Mereka"

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud