Print

Ahli Parlimen Palestin sempat melawat dua sekolah IKRAM-Musleh

on .

Walaupun jadual yang ketat, ahli Parlimen Palestin dan rombongan sempat dibawa berkunjung di dua buah sekolah Musleh-IKRAM iaitu di Sekolah Islam Al-Amin, Gombak dan Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Kunjungan ringkas tetapi penuh bererti itu dapat mendedahkan akan usaha-usaha IKRAM di dalam sektor pendidikan Islam. Bagi guru-guru, staf dan murid-murid di sekolah-sekolah tersebut, mereka berpeluang melihat sendiri wajah mujahid Palestin yang hebat.

 


Sheikh Dr. Muhammad Shehab adalah seorang ahli Parlimen yang mempunyai latar belakang pendidikan dan penglibatan di dalam masyarakat di Gaza yang unik. Selain membuka gedung farmasi milik beliau sendiri, beliau adalah seorang imam masjid dan seorang pendidik (murabbi) yang mempunyai anak-anak didik dalam usrah yang dibawanya semenjak mereka bersama cawangan Ikhwan Muslimin Palestin (kemudiannya digelar sebagai Hamas).

Artikel asal: http://aqsa2gaza2.blogspot.com/2012/02/ahli-parlimen-palestin-sempat-melawat.html

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud