Print

Sukarelawan BJB promosi A2G3 kepada masyarakat di Pasar Tani Larkin

on .

Johor Bahru, 14 April 2012 - Pada hari Sabtu yang lalu, seramai 7 orang sukarelawan Aqsa Syarif (AQSA) dari Bandaraya Johor Bahru telah berjaya membuat kutipan di Pasar Tani, Larkin Johor Bahru. Kutipan yang dibuat kali kedua selepas kutipan pertama pada jelajah program Malaysia Global March To Jerusalem (MyGMJ) itu telah mendapatkan kerjasama yang padu daripada pihak FAMA yang bertanggugjawab menguruskan pasar tani tersebut apabila memberikan kelulusan kepada AQSA untuk membuat kutipan selama 6 minggu berturut - turut, bahkan tidak menjadi masalah sekiranya pihak AQSA ingin membuat kutipan setiap minggu setelah berlalunya tempoh 6 minggu tersebut, kata Encik Hamdan, pengurus Pasar Tani Larkin.

 

Kutipan sebanyak RM 2,627.85 telah berjaya dikutip kali ini. Semua kutipan yang diterima ini akan dimasukkan ke dalam tabung Konvoi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ke Gaza (A2G3). InsyaAllah ianya akan menjadi perangsang kepada Aqsa Syarif Johor Bahru terutama para sukarelawan untuk terus turun ke medan amal ini untuk minggu-minggu seterusnya. Semoga sasaran untuk mendapatkan RM1.3 juta yang akan dibawa di dalam misi A2G3 pada bulan Mei akan berjaya. Dikongsikan beberapa gambar semasa kutipan tersebut.


Rezeki orang yang beramal, insya Allah murah. Tauke nenas di belakang akhawat ini menyumbang banyak nenas yang cukup manis kepada sukarelawan selepas bertugas.


Yang ini lain pula ceritanya. Asalnya mereka berempat datang ke pasar tani semata-mata untuk membuat kutipan dana pembinaan masjid mereka, akhirnya apabila nampak team AQSA datang, terus mereka meminta pamphlet AQSA untuk tolong promotekan. Jadi, mereka buat kerja 2 dalam 1 - letak tabung untuk kutipan dan masjid dan mengedar serta mempromosikan AQSA kepada orang ramai. "Aqsa Syarif punya masalah tak ada masalah bagi kami. Kami pun dah biasa sangat dengan Aqsa Syarif ni," kata salah seorang dari mereka.


Tak cukup dengan pengunjung, semua peniaga juga diedarkan tabung untuk turut menyumbang.


Petugas yang bersemangat dan sentiasa ceria walaupun kepenatan.

Sumber: http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/04/sukarealawan-bjb-promosi-a2g3-bersama.html

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud