Print

Modul kesukarelawanan di SMK Taman Universiti

on .

SKUDAI, 13 April 2017 - Sejumlah lebih 800 murid dan 45 orang guru sesi pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti telah didedahkan dengan Modul Kesukarelawanan MyCARE oleh Pengurus MyCARE Negeri Johor, Dr Mohd Zin Kandar.

Modul yang bertujuan untuk mendedahkan para pelajar mengenai kepentingan berjiwa murni, belas kasihan dan saling tolong menolong itu dipersembahkan di sekolah-sekolah sebagai sumbangan badan kemanusiaan di dalam membantu pelajar-pelajar di dalam menanamkan sifat keprihatinan.

 

Dr Mohd Zin menceritakan pengalaman menyertai misi-misi kemanusiaan yang disertai sambil menceritakan sifat keprihatinan aktivis kemanusiaan antarabangsa dari pelbagai keturunan dan agama. Mereka semua membantu rakyat yang dalam kesusahan sebagaimana yang menimpa rakyat Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain.

Ceramah diadakan dengan bantuan tayangan slaid dan tayangan video aktiviti kesukarelawanan dan kemanusiaan.

Pameran dan jualan produk-produk MyCARE serta kutipan tabung sumbangan Back2School turut diadakan bagi memberi peluang para pelajar membeli dan menyumbang.

Semoga sifat keprihatinan terus tersemai di jiwa dan sanubari rakyat Malaysia.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud