Print

Sokongan Surau Amru Al-Ash untuk Palestin & Syria

on .

Jazakumullahu khairan khathira diucapkan kepada seluruh jawatankuasa dan qariah Surau Amru Al-Ash yang telah sudi mengundang MyCARE untuk memberi perkongsian tentang Syria dan Palestin serta melancarkan kempen Give Hope untuk Ramadhan pada tahun ini.

Tuan Haji Ahmad Danial Sharudin yang juga aktivis MyCARE yang merupakan Timbalan Ketua Misi A2G pada 2013 telah memberikan pengisian tentang kesengsaraan saudara-saudara kita di Syria dan Palestin dan memerlukan doa dan bantuan dari seluruh rakyat Malaysia amnya.

Semoga Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang terbaik yang bakal kita lalui. Terimakasih buat semua qariah Surau Amru Al-Ash atas sokongan dan bantuan yang telah dihulurkan.

"Ibadah Kita Kegembiraan Mereka"

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud