Print

Majlis ceramah Maulid dan pelancaran derma Palestin

on .

Masjid Dato' Onn Johor Baru-baru ini mengadakan majlis sambutan Mauliddur Rasul SAW dengan ceramah yang disampaikan oleh Sohibus Samahah Dato' Hj Tahrir, Mufti Negeri Johor. Dr Mohd Zin turut diundang memberikan penerangan ringkas isu Palestin dan dipenghujung majlis Imam dan jk masjid menyerahkan sumbangan kepada Aqsa Syarif dengan disaksikan oleh Dato' Mufti. Alhamdulilah dan tahniah jamaah masjid sekelian.

 

Print

Charity Ride 4 Gaza singgah di Aeon Tebrau dan KIP Mart Tampoi

on .

Alhamdulillah. Keterlibatan semua pihak tidak mengira kaum, bangsa, agama, kecil atau besar, remaja atau dewasa dalam program sehari Charity Ride 4 Gaza (CR4G) kelmarin sama ada dalam memberi atau mendapatkan sumbangan sehingga terkumpul lebih RM 23,000.00 untuk Gaza adalah suatu yang mengujakan. Semoga nikmat ini kita hargai sebaik-baiknya, dan terus digiatkan lagi.

Print

Majlis perlepasan Charity Ride 4 Gaza

on .

JOHOR BAHRU, 23 Dis 2012 - Gandingan mantap penganjur Charity Ride 4 Gaza Johor iaitu X-Team Riders dan Aqsa Syarif Sekretariat Negeri Johor telah berjaya dianjurkan dengan cemerlang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 ptg bermula dari Dataran Danga Bay, Johor Bahru. Dengan disokong dan ditaja oleh pelbagai pihak termasuk Danga Bay sendiri, Nimota dan lain-lain , gadingan aktivis dan sukarelawan Aqsa Syarif Johor serta para riders, mereka mengembling tenaga Ride 4 Gaza ke 3 destinasi utama memperkenalkan masyarakat isu Palestin dan membuat kutipan dana untuk membantu rakyat Palestin di Gaza khususnya.

Print

Aqsa Syarif Johor berjaya anjur Ride for Gaza

on .

JOHOR BAHRU, 1 Dis 2012 - Alhamdulillah pada hari ini telah berlangsungnya program bersejarah iaitu RIDE FOR GAZA yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Aqsa Syarif Berhad (Johor), sebuah agensi di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama Kelab Berbasikal (KBC) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengambil inisiatif menganjurkan program Ride For Gaza atau singkatannya R4G.

Ride for Gaza ini dirancang bagi memberi peluang kepada seluruh rakyat Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya bagi menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza. Program ini juga menjadi pentas kepada semua rakyat Malaysia di Johor yang cintakan keamanan untuk menzahirkan sokongan padu mereka ke atas perjuangan saudara kita di Palestin.

Print

Ceramah Palestin di Kampung Parit Haji Othman, Sri Bunian, Pontian

on .

Khamis, 5 Julai 2012 - Telah berlangsung satu ceramah Isra' Mikraj dan persediaan Ramadhan serta hubungannya dengan pembelaan umat terhadap Palestin. Ceramah diadakan di perkarangan Surau Parit Haji Othman oleh Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar yang telah 3 kali mengetuai dan menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

Ceramah dimulakan dengan mengajak para hadirin mempertingkatkan kesyukuran kepada Allah di atas nikmat Islam dan iman yang dikurniakan Allah kepada kita dengan memelihara kesucian Islam di dalam diri, keluarga dan masyarakat. Ramai manusia di luar sana yang tidak mendapat hidayah Allah, mereka hidup di dalam serba tidak menentu tanpa panduan hidup dan tanpa tahu bagaimana hendak menjalani hidup dan menjalani ibadah kepada Pencipta sebagaimana yang diturunkan di dalam ajaran suci Islam.

Print

Ceramah Isra' & Mikraj dan perjuangan Palestin di Pontian

on .

Jumaat, 29 Jun 2012 - Satu ceramah dan tayangan multimedia telah diadakan di Masjid Abdul Jabbar di Rambah, Pontian, Johor. Ceramah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar dan sesi pendek penjelasan terkini serangan Israel terhadap Gaza oleh Saudara Tamer Al-Ajrami, iaitu pelajar Palestin yang kini menuntut di UTM.

Ceramah menyentuh mengenai kepentingan Masjidil Aqsa di dalam kehidupan umat Islam dengan merujuk kepada Surah Al-Isra' ayat 1.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud