Print

Sukarelawan BJB promosi A2G3 kepada masyarakat di Pasar Tani Larkin

on .

Johor Bahru, 14 April 2012 - Pada hari Sabtu yang lalu, seramai 7 orang sukarelawan Aqsa Syarif (AQSA) dari Bandaraya Johor Bahru telah berjaya membuat kutipan di Pasar Tani, Larkin Johor Bahru. Kutipan yang dibuat kali kedua selepas kutipan pertama pada jelajah program Malaysia Global March To Jerusalem (MyGMJ) itu telah mendapatkan kerjasama yang padu daripada pihak FAMA yang bertanggugjawab menguruskan pasar tani tersebut apabila memberikan kelulusan kepada AQSA untuk membuat kutipan selama 6 minggu berturut - turut, bahkan tidak menjadi masalah sekiranya pihak AQSA ingin membuat kutipan setiap minggu setelah berlalunya tempoh 6 minggu tersebut, kata Encik Hamdan, pengurus Pasar Tani Larkin.

Print

Perjuangan Palestin disampaikan di ceramah Maulidur Rasul Surau Al-Firdaus

on .

Ahad, 26 Februari 2012 - YDP IKRAM Pontian merangkap Ahli Pemegang Amanah (BoT) Aqsa Syarif dijemput memberi ceramah bersempena sambutan Maulidur Rasul Surau Al-Firdaus, Batu 4 Kampung Sawah, Pekan Nenas, Pontian, Johor.

Turut hadir ialah Tuan Yang Dipertua, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Ketua Belia & Remaja IKRAM Pontian. Majlis pada pagi yang cerah dimulai dengan bacaan do'a oleh Imam surau al-Firdaus iaitu Tuan Haji Kasnin Abdul Jalal kemudian diikuti oleh bacaan ayat-ayat Qur'an oleh adik Noradlina, ucapan alu-aluan oleh Ketua Kampung Haji Paimin Sapun dan majlis marhaban oleh kesemua yang hadir sebelum ceramah Maulid yang disampaikan oleh YDP IKRAM Pontian iaitu Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar.

Print

Ahli Parlimen Palestin hadir majlis Maulidur Rasul di Kampung Maju Jaya

on .


Penduduk Kampung Maju Jaya, Pekan Nenas, Johor begitu bertuah pagi Ahad lalu, 12 Februari 2012 apabila sambutan Maulidur Rasul yang mereka anjurkan di masjid kampung mereka dikejutkan dengan kunjungan ahli Parlimen Palestin iaitu Sheikh Dr. Muhammad Shehab dan rombongan Aqsa Syarif serta ahli jawatankuasa IKRAM Pontian.

Print

Ahli Parlimen Palestin sempat melawat dua sekolah IKRAM-Musleh

on .

Walaupun jadual yang ketat, ahli Parlimen Palestin dan rombongan sempat dibawa berkunjung di dua buah sekolah Musleh-IKRAM iaitu di Sekolah Islam Al-Amin, Gombak dan Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Kunjungan ringkas tetapi penuh bererti itu dapat mendedahkan akan usaha-usaha IKRAM di dalam sektor pendidikan Islam. Bagi guru-guru, staf dan murid-murid di sekolah-sekolah tersebut, mereka berpeluang melihat sendiri wajah mujahid Palestin yang hebat.

Print

Aqsa Syarif bantu jayakan Kayuhan Amal Palestin UTM

on .

Ahad, 4 Feb 2012 - Kolej Perdana UTM Skudai bersama beberapa agensi kerajaan, badan-korporat dan khususnya Aqsa Syarif mengembling tenaga menganjurkan suatu projek Kayuhan Trans 1Malaysia yang mempunyai beberapa objektif murni. Di antara lain ialah mengumpulkan dana untuk mambentu rakyat Palestin.

Aqsa Syarif telah menyumbangkan beberapa kelengkapan untuk menjayakan projek tersebut termasuk menyumbangkan kemeja T, mafla Palestin, fliers, tabung-tabung kutipan Palestin dan lain-lain lagi termasuk penceramah di beberapa check-point yang dikenalpasti di sepanjang kayuhan dari Johor Bahru merentasi beberapa bandar, kampung dan pekan.

Print

Sekolah agama di Pekan Nenas anjur kem remaja beri pendedahan isu Palestin

on .


Bersempena cuti hujung tahun baru-baru ini, Alumni Sekolah Agama Kampung Sawah, Pekan Nenas, Johor telah menganjurkan Kem Titian Kasih Remaja Muslim yang dihadiri oleh lepasan pelajar-pelajar sekolah berkenaan (khususnya mereka yang baru menamatkan darjah khas) dan murid-murid sekolah berkenaan serta ramaja-ramaja dari Pekan Nenas.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud