Print

Wakil Palestin: Zionis Israel boleh ditundukkan!

on .

Kalau Israel boleh ditundukkan, bermakna mereka juga lemah, mereka boleh dikalahkan! Begitulah keyakinan yang dinyatakan oleh Saudara Ahmad Abu Ayeish Al-Najjar wakil Palestin yang menziarahi ahli-ahli IKRAM Johor dan memberi ceramah di Kompleks IKRAM Johor pada 9 Nov 2011 yang baru lalu. Sesi ceramah dan soal jawab dengan selang-seli tayangan slaids, video dan maklumat dari internet yang memakan masa sekitar dua jam di dewan al-Banna telah dimanfaatan oleh ahli-ahli IKRAM bertanyakan pelbagai soalan yang eksklusif kepada bekas tahanan di penjara Israel itu. Turut hadir ialah aktivis kemanusiaan dari Emaar For Development & Rehabilitation Gaza iaitu Saudara Anwar Abo Musa.

Print

Bantuan dan sokongan terhadap Palestin bukti kebersamaan dalam perjuangan

on .


Wakil Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Palestin di dalam ceramah umum di Masjid Ainuddin Wahid Taman Universiti Skudai pada 9 November 2011 selepas solat Maghrib menghuraikan tentang situasi perjuangan terkini di Palestin serta usaha-usaha bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula Gaza. En. Ahmad Abu Ayish Al Najjar juga menjelaskan bahawa sokongan dan bantuan yang diberikan oleh seluruh umat Islam di dunia sangat-sangat diperlukan dan dihargai. Bantuan itu bukan sekadar dalam bentuk fizikal yang boleh meringankan dan memenuhi keperluan rakyat, malah yang lebih penting ialah sebagai bukti kebersamaan dan sokongan semangat kepada perjuangan penduduk-penduduk Palestin yang sedang menjadikan tubuh badan mereka sebagai benteng dari serangan demi serangan rejim Zionis.

Print

Pembebasan Al-Aqsa adalah tanggungjawab seluruh ummat

on .

Selepas kunjungan En. Ahmad Abu Ayeish AlNajjar dan En. Anwar Mosa ke pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr. Azrai Kassim, delegasi bersolat jamaah bersama staf dan pelajar-pelajar di masjid Sultan Ismail UTM (MSI). Dengan kerjasama Persatuan Akademik UTM dan MSI, satu ceramah ringkas dapat dijalankan selepas solat Zuhur.

En. Ahmad menekankan peri pentingnya seluruh ummat Islam berganding bahu bersama NGO-NGO antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Israel yang selama ini bertindak di luar pri kemanusiaan. Kezaliman Israel perlu dihentikan dan sokongan terhadap kepimpinan Hamas yang jelas memberikan banyak hasil di dalam perjuangan di Palestin semenjak Inifadah dilancarkan pada 1987. Keberkatan bumi Ambiya' Palestin dapat dirasai oleh para penduduk Palestin walaupun mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai kesakitan, kecederaan, kehilangan kemudahan hidup dan kehilangan saudara-mara yang tersayang.

Print

Kunjungan wakil Kementerian Pendidikan Palestin ke Jabatan Pelajaran Johor

on .


Satu lagi peluang diteroka oleh wakil Kementerian Pendidikan & Pengajian Tinggi Palestin, En. Abu Ahmad Ayaish An Najjar apabila berjaya mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Pelajaran Johor Bahru pada 9 November 2011. Majlis ini juga adalah sebagai kunjungan 'terima kasih' dari pihak Palestin di atas penyertaan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) oleh wakilnya iaitu Ustaz Mohd Hairuzi Muhammad di dalam misi kemanusiaan Ramadhan Aqsa Syarif ke Gaza pada 20-28 Ogos 2011 yang lalu di mana JPNJ menyumbangkan RM 120,000.00 dalam bentuk bantuan beg-beg sekolah dan ubat-ubatan melalui kutipan dana di sekolah-sekolah seluruh Johor.

Print

Lawatan wakil Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi Palestin ke UTM

on .


Johor Bahru, 9 Nov 2011 -
UTM menerima kunjungan Mr. Ahmad Abu Ayesh Annajjar iaitu Director of International Relation, Ministry of Education & Higher Education Palestine. Ketibaan beliau disambut dan diraikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr. Azrai Kassim. Mr Ahmad Abu Ayesh Annajjar ditemani rakan beliau En. Anwar Mosa dari Emaar Association Gaza.

Print

Perkongsian perjuangan di bumi Palestin di Muar

on .

29 Okt 2011 - IKRAM dan Aqsa Syarif Muar terus maju, Memperkasa Ummah Membebaskan Al-Aqsa. Kesedaran peri pentingnya isu Palestin terus disemarakkan dan generasi muda perlu faham dan menjiwai perjuangan Palestin. Alhamdulillah sesi ceramah telah dianjurkan di SMKA Mahad Muar dan Sekolah Agama Lughatul Qur'an. Respon yang memberangsangkan dan pembentukan Kelab Sayang Palestin Aqsa Syarif di sekolah akan menjadi realiti.

Dr. Mohd Zin memberi penekanan:

a. Kefahaman berhubung dengan geografi bumi Palestin yang sudah bertukar nama Israel di dalam peta dunia.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud