Print

Sekolah Menengah Parit Betak membentuk sukarelawan sayangkan Palestin

on .

Pelajar-pelajar tingkatan 3 yang baru tamat peperiksaan PMR telah mendapat pengisian dan pendedahan mengenai isu Palestin dan misi bantuan A2G dan A2G2 yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar. Berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak, Benut, Pontian pada 12 Oktober 2011.

Ceramah yang bertajuk "Palestin Yang Kami Sayangi" melontarkan beberapa persoalan. Mengapa kita perlu sayang Palestin? Apa signifikannya bumi Palestin dan beberapa soalan lain. Program ini menjurus kepada pelan tindakan dengan tujuan untuk melatih murid-murid menyertai perjuangan membantu Palestin.

Print

Perkongsian A2G2 di Hospital Tampin

on .

Tampin, 24 Sep 2011 - Peserta misi Aqsa2Gaza2, A. Khalil Khamis telah diberi peluang untuk membuat sedikit perkongsian di Hospital Tampin , berkenaan misi bantuan ke Gaza pada Sabtu lepas, 24 September sempena sambutan Eidul Fitri anjuran Pantai Medivest Sdn Bhd.

Seramai lebih kurang 60 orang hadirin telah bersama-sama memeriahkan majlis ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Hospital Tampin, Dr. Siti Faridah yang sentiasa peka tentang isu Palestin.

Print

Pelancaran Tabung Palestin

on .

Aqsa Syarif Johor telah melancarkan Tabung Palestin pada 25 Jun 2011. Pelancaran pertama telah dilaksanakan di Dewan Al-Banna, Kompleks IKRAM Johor. Sementara pelancaran ke dua dilaksanakan di Surau Nursalam, Taman Pulai Indah, Johor. Pelancaran telah disempurnakan oleh wakil Palestin, Syekh Abu Hisyam.

Print

Aqsa Syarif di Karnival Mahabbah IKIM.fm

on .

Aqsa Syarif Johor telah mengadakan gerai jualan di Karnival IKIM.fm di Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada 22-24 April 2011. Objektif utama adalah memperkenalkan perjuangan Palestin kepada masyarakat di samping membina jaringan. Selain jualan barangan Aqsa Syarif, kempen penerangan perjuangan Palestin juga dibuat kepada pengunjung-pengunjung yang hadir. Sepanjang 3 hari tersebut, jumlah jualan RM 7,270.45 dan jumlah derma yang dikutip RM 4,129.25.

Print

Pendedahan Palestin dan Gaza di Sekolah Menengah Dato' Penggawa Barat, Pontian

on .

23 April 2011 - Seramai tiga ratus pelajar-pelajar asrama Sekolah Dato' Penggawa Barat telah mendapat pendedahan mengenai isu Palestin dan pengalaman konvoi A2G merentasi benua Eropah serta menembusi tembok sekatan ke Gaza. Bermula selepas solat Maghrib sehingga berakhir jam 9.30 malam, sesi perkongsian disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dengan persembahan slides gambar-gambar dan video mengenai Palestin dan Gaza.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud