Print

Staf Fakulti Mekanikal UTM ingin turut membantu Palestin

on .

Staf Fakulti Mekanikal UTM ingin turut membantu Palestin dengan usaha-usaha pengumpulan dana untuk projek-projek usahasama Aqsa Syarif dan NGO-NGO di Gaza. Begitulah respon spontan pensyarah dan staf di FKM selepas mendengar perkongsian pagi Jumaat, 8 April 2011.

Print

Ustaz Rofazlin berkongsi pengalaman di Parit Betak, Benut, Pontian

on .

Khamis 7 April, jam 9.00 pagi berlangsung perkongsian A2G oleh relawan Aqsa Syarif ke Palestin. Ceramah bersempena Maulidur Rasul SAW di Masjid Kampung Parit Betak, Benut, Pontian, Johor ini dihadiri oleh penduduk sekitar Benut juga daerah-daerah berdekatan.

Program berkala ini adalah sebahagian dari kumpulan tasauf. Ustaz Rofazlin menerangkan peranan Aqsa Syarif di dalam membantu perjuangan Palestin yang dijalankan dalam bentuk peojek-projek pembangunan semula khususnya di Gaza.

Print

Perjuangan membebaskan Palestin semarak bergema di kalangan warga kampus

on .

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua yang memungkinkan kesedaran keprihatinan dan kemanusiaan bersemarak di kalangan pemuda pemudi warga kampus. Mereka adalah bakal pemimpin masa hadapan dan adalah penting menanam dan menyuburkan kesedaran dan keprihatinan peripentingnya memelihara kesejahteraan dan keamanan dunia. Isu Palestin yang sudah berlarutan lebih 60 tahun adalah angkara manusia berhati binatang bengis rejim Zionis Israel yang sesuka hati merampas hak orang lain, merosak, mencedera dan membunuh sesama makhluk manusia.

Print

Ceramah Maulidur Rasul & Perjuangan Palestin

on .

19 Mac 2011 yang lalu telah berlangsung ceramah Maulidur Rasul dan Palestin di Surau Al-Irshyad, Senai di Johor. Ceramah bertajuk Perjuangan Rasulullah SAW & Perjuangan Di Palestin disampaikan oleh Dr. Mohd Zin dan dihadiri bukan sahaja penduduk tempatan dan staf Lapangan Terbang Senai, juga para pekerja kilang berdekatan yang berasal dari Bangladesh.

Print

Ceramah Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor

on .

Ustaz Hasanuddin telah membuat ceramah Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor. Ceramah yang dilaksanakan di dataran perhimpunan terbuka itu bermula 7.15 pagi dan tamat 8.10 pagi. Seramai lebih 1000 pelajar berbagai bangsa, guru besar dan semua guru-guru sesi pagi telah bersama mendengar ceramah itu.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud