Print

Talk Palestin: Memahami Isu Palestin

on .


Alhamdulillah, pada 2 Mei 2012 yang lepas, satu talk Palestin bertajuk Memahami Isu Palestin telah diadakan di Masjid At-Taqwa, IPG Kampus Rajang. Program bertujuan untuk membawa siswa siswi muslim IPG Kampus Rajang memahami konspirasi Zionis di samping mendedahkan kedudukan sebenar isu Palestin sebagai isu akidah umat Islam.

 


Talk
berkenaan disampaikan oleh saudara Mohd Sufri Bin Yakup, Siswa Tahun Akhir Pengajian Sosial IPG Kampus Rajang yang juga merupakan Sukarelawan Aqsa Syarif Berhad. Program berkenaan yang dihadiri oleh semua pelajar Muslim turut diserikan dengan ulasan buku oleh Yang Berbahagia Encik Ismail Saliyan, Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan. Selain talk yang diadakan, Palestine Awareness Campaign telah dimulakan sejak awal menerusi laman Facebook di samping pameran yang dibuat di foyer masjid.


Program berkenaan telah berjaya mengumpul sebanyak RM 165.50. Ternyata program berkenaan memberi kesedaran, kefahaman dan melahirkan semangat dalam kalangan siswa siswi untuk lebih cakna tentang isu Palestin dan pembebasan Al-Quds. Moga Allah memberi kekuatan dan istiqamah dalam hati kita semua untuk sama-sama memerdekakan Al-Quds.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud