Print

Roadshow Al-Quds Miri berjaya dianjurkan

on .

Pada 30 Ogos - 2 September 2012, satu program Roadshow Al-Quds telah berjaya dianjurkan Aqsa Syarif Miri dengan kerjasama IKRAM Teens Miri, IKRAM Miri dan Sekretariat MyGaza Mission. Saudara Muhammad Aiman bin Mohd Zin (lepasan UIA Gombak dan ahli delegasi Global March to Jerusalem ke Amman, Jordan) telah dijemput oleh Pengerusi Aqsa Syarif Miri, Saudari Noor Adilah melalui maklumat dari Saudara Mus’ab Muzahar (peserta misi A2G2 / YDP MPP Unimas).

 

Tujuan program adalah untuk memberi pendedahan dan ceramah kesedaran Palestin di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan pelajar-pelajar universiti di sekitar Miri. Kedatangan Saudara Aiman juga adalah untuk memberi pendedahan kepada aktivis Aqsa Syarif Miri dalam membantu memperkasakan pasukan aktivis Aqsa Syarif di samping berkongsi pengalaman beliau dalam misi Global March to Jerusalem (GMJ) di Jordan pada bulan Mac yang lalu.

Muhammad Aiman (MA) tiba di Lapangan Terbang Miri pada jam 6:00 petang, 30 Ogos 2012 (Khamis) dan disambut oleh 4 orang aktivis AQSA dari Curtin University dan selepas Solat Maghrib terus dibawa ke open house Saudara Rosli. Di sana MA sempat berkongsi mengenai GMJ kepada para tetamu yang hadir. Selepas itu, MA ke Pejabat IKRAM Miri untuk mesyuarat penyelarasan program roadshow yang akan dimulakan keesokan harinya bersama AJK Aqsa Syarif Miri.

31 Ogos 2012 (Jumaat)
1. Program Palestin di Sekolah Menengah Sains Miri (7:30 pagi – 12:00 tengahari)

Tiga slot telah dijalankan iaitu:
a) Aku & Palestin (oleh Saudara M. Aiman)
b) Wall of Solidarity (oleh Saudari Adilah)
c) Peranan kita (oleh Saudara Aiman)

Di samping program memberi pendedahan isu Palestin, Aqsa Syarif Miri juga memeperkenalkan IKRAM Teens Miri kepada pihak sekolah. Respon dari para pelajar dan guru-guru amat positif dan peranan alumni sekolah yg terdiri dari aktivis AQSA Miri sangat membantu dalam menghubungkan pihak sekolah dan AQSA/IKRAM. Pihak sekolah bercadang untuk menjemput lagi pihak Aqsa Syarif/IKRAM Teens untuk program susulan berkaitan kesedaran isu ummah sejagat dan motivasi pelajar-pelajar.

2. Perkongsian di Institut Pendidikan Miri (2:30 – 4:30 petang)

Perkongsian tentang GMJ dan sejarah Palestin bersama lebih kurang 40 orang guru pelatih telah berjaya dijalankan. Pendedahan tentang peranan yang boleh mereka mainkan sebagai bakal pendidik diberi penekanan. Mereka juga didedahkan tentang situasi dan isu-isu pendidikan di Gaza dan Palestin yang sangat memerlukan bantuan dari ummat Islam.

Respon sangat positif daripada para peserta dan maklumat yang diterima akan membantu mereka di dalam menganjurkan minggu Palestin pada semester akan datang. Perbincangan dan sesi bertukar-tukar idea dijalankan akan bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan isu Palestin kepada masyarakat kampus berbilang kaum.

1 September 2012 (Sabtu)
1. Jamuan Raya IKRAM Miri (10:00 pagi – 12:30 tengahari)

Sesi IKRAM bersama ahli dan masyarakat. Hadirin diperkenalkan tentang IKRAM Miri dan institusi di bawah IKRAM Miri iaitu Aqsa Syarif, IKRAM Teens dan Tadika Al-Amin Aulad.

2. DS2 (Duduk Sembang-Sembang) (4:30 – 6:00 petang)

Sesi perkongsian pengalaman GMJ, dakwah dan tarbiyyah bersama pelajar-pelajar Curtin University.

3. Mini TOPS (8:30 – 11:00 malam)

Sesi Mini-TOPS adalah sesi perkongsian pengalaman MA sepanjang menjadi aktivis Aqsa Syarif. Ilmu-ilmu yang diperolehi di dalam pelbagai penglibatan sepanjang belajar di UIA, penglibatan di dalam JK MyGMJ dan penyertaan di dalam Training of Palestinian Specialist (TOPS) Selangor banyak membantu MA mengendalikan mini Tops ini. MA banyak berkongsi bagaimana aktivis harus memiliki perasaan 'izzah' (rasa mulia) di dalam membawa isu Palestin dan membawa mesej tarbiyyah dan dakwah dalam memperjuangkan isu ini.

Para aktivis dibawa untuk mentajdid niat, bagaimana menjadi aktivis yang benar-benar menyumbang dan bekalan-bekalan yang harus ada pada seorang aktivis Aqsa Syarif. Seterusnya Action plan untuk Aqsa Syarif Miri dibincangkan bersama.

2 September 2012 (Ahad)
1. Ceramah Palestin di SMKA Miri (SMKAMi)

Tiga slot telah dijalankan iaitu:
a) Aku & Palestin (oleh Saudara M. Aiman)
b) Wall of Solidarity (oleh Saudari Azreen)
c) Peranan kita (oleh Saudara M. Aiman)

SMKAMi adalah sekolah paling akrab dengan IKRAM Miri dan usrah sekolah telah lama dijalankan. Pelajar-pelajar di sana sangat berpotensi terutama adik-adik yang berada di tingkatan 5. Ramai menyatakan kesudian mengikut jejak langkah kami menganggotai IKRAM/Aqsa Syarif ketika di universiti kelak.

Secara kesimpulannya, Roadshow Al-Quds Miri berjaya mecapai objektifnya. Aqsa Syarif Miri memerlukan lebih banyak tenaga dan sokongan dari Aqsa Syarif pusat dari sudut kewangan dan galakan kerana Miri adalah kawasan yang agak baru mendapat pendedahan isu-isu Palestin dan ummah sejagat. Di samping itu, semangat yang ditunjukkan oleh aktivis Aqsa Syarif Miri walaupun ada yang baru menyertai sebagai aktivis sangat membanggakan dengan idea dan pengorbanan masa dan tenaga yang tidak berbelah bagi. Semoga Aqsa Syarif akan terus maju dan dapat memperkasakan masyarakat di Sarawak dan Sabah di dalam pembelaan Palestin.

Sumber: http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/09/roadshow-al-quds-sarawak-miri-berjaya.html

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud