Print

Kempen Kita Kan Kawan bersama pelajar

on .

BANTING, 26 Oktober 2017 - Pihak MyCARE telah dijemput oleh SMK Telok Panglima Garang untuk berkongsi berkenaan MyCARE dan isu-isu kemanusiaan.

Terima kasih Tuan Hj Jumiran dan warga SMKTPG di atas sokongan kepada MyCARE.

Print

PSIS bantu pecah kepungan ke atas 2 juta penduduk Gaza

on .

SABAK BERNAM, 21 Jan 2017 - Seramai 2000 orang pelajar dan pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah telah hadir bersama dalam perkongsian daripada Dr. Fauziah, ahli misi Women's Boat to Gaza.

"Mengapa hanya wanita yang dipilih dalam WBG ini?" Soal moderator. Dr. Fauziah menegaskan semenjak 2007, dunia telah menghantar banyak misi untuk menghentikan kepungan Israel ke atas Gaza, tetapi disekat oleh Israel. Misi ini mencuba suatu kelainan. Misi ini juga menunjukkan sokongan dan solidariti buat wanita Palestin, yang kebanyakannya kehilangan ayah dan suami kerana dibunuh atau ditangkap tentera Israel tanpa sebarang penghakiman.

Print

Perkongsian WBG di IISSA

on .

SHAH ALAM, 26 Nov 2016 - GiveHope di Hari Ihtifal Integrated Islamic School pagi tadi. Dr Fauziah Mohd Hasan merasmikan acara ini, dan berkongsi 10 pengajaran dari Women's Boat to Gaza.

Print

Jelajah MyINTIFADA hari kedua

on .

SHAH ALAM, 22 Mei 2016 - Jelajah MyINTIFADA masuk hari kedua. Setelah pelancaran album MyINTIFADA semalam, pada hari ini kita menyaksikan Pelancaran TABUNG MyINTIFADA. Tabung ini akan digerakkan bagi mengumpulkan dana bagi membantu saudara mara dan sahabat kita dari segi:

Print

Flashmob Masjid Al-Aqsa

on .

GOMBAK, 13 Nov 2015 - Pelajar International Islamic University Malaysia (UIAM) telah melakukan flashmob sebelum solat Jumaat tadi. Mereka melakukan simulasi bagaimana Masjid al-Aqsa dibenarkan masuk pada waktu-waktu dan kawasan tertentu. Seusai solat Jumaat, terdapat beberapa taklimat pencerahan dan penerangan mengenai situasi sekarang Masjid al-Aqsa.

Print

Back2School terus menjelajah

on .

AMPANG, 20 Okt 2015 - Kini #‎Back2School‬ berada di Khalifah Model School pula. Aktivis MyCARE, Saidatul Syuhada berkongsi cerita berkenaan persekolahan kanak-kanak di negara-negara yang memerlukan seperti Syria, Palestin, Filipina, Myanmar dan lain-lain.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud