Print

Melimpah-limpah Subuh di Gaza

on .

Melimpah-limpah Subuh di Gaza

Sekali lagi saya dapat melalui pengalaman melihat bagaimana masjid-masjid di Gaza diimarahkan oleh rakyat Palestin. Bangga saya melihat generasi yang dididik Syeikh Ahmad Yasin, Abdul Aziz al-Rantisi, Syeikh Raed Salah dan ramai lagi. Inilah ciri-ciri pemuda sebenar. Mereka beriktikaf dan berjemaah di masjid. Hati mereka di masjid. Di malamnya mereka bersujud, di siangnya mereka mencari rezeki untuk menyara hidup.

Mengapa Gaza masih tidak dapat dijajah tentera Zionis?

Mengapa anak-anak muda di sini langsung tidak gentar dengan peluru Zionis Israel?

Sampai sahaja saya di sana, ini adalah pemandangan anak muda di Gaza pada waktu Subuh.

Malam tadi dahi-dahi mereka bertaqarrub kepada Allah. Anak-anak muda ini qiyamullail hingga penuh masjid! Gembira tak terkata melihat keadaan ini. Saya tidak perlu risau dengan generasi yang memenuhi masjid pada waktu Subuh dan al-Quran sentiasa di tangan.

Seusai sahaja solat Subuh, mereka bergegas untuk bersiap-siap menunaikan tugas di tempat kerja. Ada juga yang bertadarrus dalam satu halaqah yang terdiri dari orang tua, orang muda dan kanak-kanak. Bangga melihat rata-rata anak muda (remaja dan kanak-kanak) sudah dididik sebegini.

Saf mereka tidak diasingkan. Halaqah (kumpulan) tadarrus al-Quran pun tidak diasingkan. Semoga gambar yang saya ambil ini terus menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia.

Alhamdulillah. Walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan, mereka tidak mencari alasan untuk bermalasan. Besar hati saya melihat mereka ini diberikan pertolongan dari rakyat Malaysia.

Saya merayu kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin untuk terus menyalurkan sumbangan ke tabung MyRamadan demi membantu saudara-saudara kita di sini. Banyak kali saya menyeka air mata melihat keadaan mereka serba dhaif.

Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan boleh dibuat di: http://www.billplz.com/myramadan

Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’

Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592

Maklumkan ke emel:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan

Saya mohon anda untuk SHARE post ini. Semoga kita dapat membantu rakyat Palestin meringankan beban mereka. Sudah terlalu banyak mereka hadapi rintangan dari rejim Zionis Israel.

Semoga penyumbang-penyumbang dari Malaysia, Indonesia dan Brunei dikurniakan Lailatul Qadar, insya Allah.

Mohd Zin Kandar
Misi Aqsa2Gaza kali ke-20

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud