Print

Menziarahi Kem Pelarian Al-Buss

on .

LUBNAN, 22 Jul 2014 - Ahli Misi R2A3 menziarahi Kem Pelarian Palestin Al-Buss yang diuruskan oleh rakan NGO kami di sini iaitu HCRD (Human Charity for Relief & Developement). Kem ini terletak di Daerah Tyr. Antara program kami di sini adalah:

1) Penyerahan sumbangan alat tulis kepada anak-anak yatim.
2) Menziarahi Women Community Centre.

Print

Penyerahan Food Pack di Kem Jal Al-Bahr

on .

LUBNAN, 22 Julai 2014 - Hari ke 4, peserta misi menyampaikan pek-pek makanan dengan kerjasama HCRD di bandar Tyre, selatan Lubnan.

Lebih 200 pek (kotak) makanan di edar di kem-kem tersebut. Kem di sini menempatkan para pelarian Palestin yang tiba di sini semenjak 1948 dan kami sempat bertemu dengan seorang yang berumur 95 tahun yang dapat menceritakan keadaan beliau yang datang dengan sehelai sepinggang ke kem ini sehingga hari ini.

Print

Kesusahan pelarian Syria di Kem Ain El Helweh

on .

LUBNAN, 21 Jul 2014 - Kem Ain El Helweh juga menempatkan ramai pelarian Syria dan jumlah mereka semakin bertambah ekoran krisis di Syria yang bermula pada 2011.

Pelarian Syria ini datang daripada Kem Pelarian di Yarmouk dan sekarang menetap di rumah usang ini tanpa bayaran hasil usaha oleh rakan NGO kami di sini iaitu Wakef of Al-Raafa Association.

Print

Suasana di Kem Pelarian Ain El Helweh

on .

LUBNAN, 21 Jul 2014 - Ahli Misi R2A3 menyelusuri lorong-lorong kecil di Kem Pelarian Palestin Ain El Helweh dan bertemu masyarakat di sini.

Kira-kira 120,000 orang tinggal di kem ini yang hanya sebesar 1 km persegi! Jumlah penduduk semakin hari semakin bertambah semenjak kehadiran pelarian dari Syria.

Print

Sumbangan alat tulis & vitamin kepada kanak-kanak

on .

LUBNAN, 21 Jul 2014 - Ahli Misi R2A3 berkesempatan menyerahkan secara terus sumbangan alat tulis dan vitamin kepada pelarian Syria di Kem Ain El Helweh.

Kehadiran kami disambut ceria oleh lebih kurang 40 orang kanak-kanak. Sumbangan adalah hasil kutipan dana oleh sayap wanita Aqsa Syarif iaitu Rose2Rose.

Print

IKRAM Health jalin kerjasama dengan Al-Shifaa

on .

LUBNAN, 21 Jul 2014 - IKRAM Health & Aqsa Syarif jalinkan kerjasama dengan Al-Shifaa fo Medical and Humanitarian Services. Al-Shifaa merupakan NGO yang memfokuskan kepada aspek kesihatan pelarian Palestin dan Syria di Lubnan dan ditubuhkan pada 2008.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud