Print

Aqsa Syarif sumbang RM1.3 juta kepada Tabung IPFAG

on .

ISTANBUL - Pada 30-31 Ogos yang lalu, Aqsa Syarif, diwakili oleh Dr. Tahir Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia Berhad, telah menyertai satu forum antarabangsa di Turki. Forum International Public Foundation to Aid Gaza (IPFAG) bertajuk ‘Gaza Victory and Hope’ ini dianjurkan untuk mengumpulkan NGO-NGO (muslim) Palestin di seluruh dunia, membentangkan pelan pembangunan semula Gaza dan mengumpul dana bagi melaksanakan pelan yang telah dirancang.

Forum dua hari yang ditaja oleh pertubuhan Qatar Charity ini mensasarkan pungutan dana sebanyak 1 bilion US Dollar untuk tabung pembangunan semula Gaza. Bagi memastikan rakyat Malaysia turut memainkan peranan dalam menjayakan pelan ini, Aqsa Syarif telah menyatakan komitmen untuk menyumbang sebanyak RM 1.3 juta (400 ribu US Dollar) kepada tabung ini.

Sumbangan ini sedikit sebanyak diharap dapat menampung kos yang diperlukan untuk membangunkan semula Gaza yang musnah teruk akibat perang baru-baru ini dengan kerugian dianggarkan mencecah hampir 7 bilion US Dollar. Teruskan menyumbang kepada Palestin melalui Aqsa Syarif. InsyaAllah akan kami tunaikan amanah rakyat Malaysia dengan sebaik-baiknya.

Laporan oleh: Khalid Jimat

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud