Print

KENYATAAN MEDIA: MyCARE Sertai Misi Women’s Boat To Gaza (WBG) 2016

on .

Sedar atau tidak, kepungan rejim Zionis Israel ke atas Gaza kini sudah masuk tahun ke-10. Gaza ibarat sebuah penjara terbesar di dunia dengan jumlah tahanan hampir 2 juta orang! Kepungan tidak berperikemanusiaan ke atas Gaza ini telah menyebabkan aktivis kemanusiaan antarabangsa lahir dengan pelbagai inisiatif untuk memaklumkan kepada dunia tentang kezaliman yang berlaku dan berusaha menghentikannya. Salah satunya adalah dengan belayar ke Gaza menggunakan bot dan kapal. Bermula dengan misi-misi kecil menggunakan bot nelayan, inisiatif ini kemudian berkembang dengan sangat baik sehingga berjaya mengumpulkan beberapa organisasi besar seperti IHH Humanitarian Relief Foundation, European Campaign to End the Siege of Gaza, International Coalition to End the Siege on Gaza, Ship to Gaza Sweden dan Ship to Gaza Greece. Daripada perkumpulan ini lahirlah The Freedom Flotilla Coalition (FFC).

Print

Kenyataan Media: MyCARE Susun Bantuan RM1.4 Juta untuk Projek Pemeliharaan & Pengimarahan Masjid al-Aqsa

on .

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melalui 2 agensinya - Aqsa Syarif dan Rose2Rose (R2R), hari ini memeterai perjanjian bernilai RM1.4 juta dengan Mirasımız Derneği, sebuah NGO kemanusiaan yang berpengkalan di Istanbul, Turki untuk melaksanakan beberapa projek pemeliharaan dan pengimarahan Masjid al-Aqsa sepanjang tahun 2016. Bantuan ini merupakan penerusan kepada projek-projek sedia ada MyCARE di Baitul Makdis dengan kerjasama Mirasimiz.

Print

Kenyataan Media: MyCARE Hantar Misi Ramadhan Ke Kem Pelarian Palestin & Syria di Lubnan

on .

Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, MyCARE melalui agensinya, Aqsa Syarif dan i4Syria (i4S) akan menyantuni pelarian Palestin dan Syria di kem-kem pelarian di Lubnan menerusi Misi RETURN2AQSA4 (R2A4). Ia adalah misi keempat sejak tahun 2010 yang disusun hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin dan Syria.

Print

Kenyataan Media: Aqsa Syarif & MyCARE Kutuk Penahanan 'Marianne Of Gothenburg'

on .

Sabtu lalu, 27 Jun 2015, konvoi 4 buah kapal - “Marianne of Gothenburg”, “Rachel”,“Vittorio” dan “Juliano II”, yang membawa 47 orang aktivis dari 17 negara belayar dari pelabuhan di Greece menuju Gaza dalam usaha menghentikan kepungan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel ke atas wilayah itu sejak tahun 2006. Konvoi yang diberi nama 'Freedom Flotilla III' ini merupakan cubaan ke-3 sejak tragedi Mavi Marmara 2010 yang meragut nyawa 10 orang aktivis Turki ekoran serbuan komando Israel.

Print

Kenyataan Rasmi: Menjawab Persoalan Isu Kurma Mehadrin

on .

Beberapa hari ini Aqsa Syarif, salah sebuah agensi di bawah MyCARE, dihujani mesej-mesej yang mempersoal tindakan kami mengedarkan kurma jenama Mehadrin di Gaza; jenama kurma milik sebuah syarikat Israel. Ia disedari orang ramai melalui gambar projek Ramadhan Aqsa Syarif yang sedang berjalan yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Aqsa Syarif.

Staf Aqsa Syarif di Gaza sedang memeriksa kotak-kotak berisi kurma yang baru sampai di pusat simpanan untuk diagihkan kepada penerima yang layak.
Staf Aqsa Syarif di Gaza sedang memeriksa kotak-kotak berisi kurma yang baru sampai di pusat
simpanan untuk diagihkan kepada penerima yang layak.

Pertama-tamanya, Aqsa Syarif ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas keprihatinan pihak yang peka dengan apa yang berlaku. Ternyata kempen boikot yang diperjuangkan selama ini benar-benar meninggalkan kesan dan kesedaran yang berpanjangan kepada masyarakat. Alhamdulillah.

Izinkan Aqsa Syarif membuat sedikit penjelasan berhubung insiden yang berlaku. Semoga dengan penjelasan ini kita dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat memahami dengan lebih baik apa yang berlaku kepada saudara-mara kita di Palestin terutamanya di Gaza.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud