Print

MyCARE kecam tindakan Amerika iktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel

on .

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Jerusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibu negara Israel dalam ucapan Presiden Donald Trump awal pagi tadi.

Tindakan ini jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi agensi, Perhimpunan Agung (UNGA), dan Majlis Keselamatan (UNSC) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah diluluskan sejak tahun 1947 termasuk Resolusi 2334 UNSC pada Disember 2016 dan resolusi UNESCO (41 COM 7A.36) pada Mei 2017.

MyCARE menyeru PBB, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Liga Arab dan negara-negara Eropah yang masih menghormati kedaulatan undang-undang antarabangsa untuk mengambil tindakan diplomatik yang sewajarnya mendesak Amerika Syarikat menarik-balik pengisytiharan ini agar ketegangan di Jerusalem dan Palestin dapat dielakkan.

MyCARE akan bergerak bersama rakan-rakan dalam gabungan SAVE AL-QUDS Campaign untuk menyatakan pendirian rakyat Malaysia dan mengajak semua pihak untuk bersama-sama kami membantah tindakan biadap ini.

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,
Pengerusi,
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
7 Disember 2017 bersamaan 18 Rabiul Awwal 1439H

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud