Print

Ulangtahun Operasi Badar - Perang Ramadhan 1393H

Hari ini genaplah ulangtahun Perang Ramadhan 1393H (Perang Oktober 1973) yang ke 43. Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadhan kerana bermula pada 10 Ramadhan dan Perang Yom Kippur kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi ini telah merubah lanskap politik timur tengah seperti hari ini.

Print

Perutusan sempena Ulangtahun an-Naksah ke 46

Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya untuk memperingati satu lagi insiden dalam siri tragedi bertimpa yang dilalui oleh rakyat Palestin. Sembilan belas tahun selepas peristiwa Nakbah, rakyat Palestin melalui satu lagi peristiwa pahit yang dikenali sebagai an-Naksah atau ‘hari kekalahan’.

Print

Perutusan sempena Hari An-Nakbah Palestin 2013

Tarikh 15 Mei adalah sejarah penting bagi seluruh warga dunia. Pada setiap tahun rakyat Palestin mengingati tarikh tersebut di mana mereka telah ditimpa satu tragedi yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah kemanusiaan. Mereka diusir keluar dari tanah air mereka setelah ribuan rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan ratusan kampung dan pekan dimusnahkan oleh pengganas-pengganas Zionis.

Print

Ucapan tahniah di atas perlantikan Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom sebagai Duta Kehormat Kerajaan Palestin

Dengan penuh rasa kesyukuran dan kerendahan hati Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Aqsa Syarif mengucapkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Ismail Haniyeh yang telah perkenan melantik Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia sebagai Duta Kehormat (Honorary Ambassador) Kerajaan Palestin di Gaza. Anugerah ini telah diisytiharkan oleh Kementerian Luar Palestin dan disampaikan oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dalam satu majlis yang sederhana dan penuh penghormatan.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud