Print

69 Tahun Pemergian Hasan al-Banna

on .

Di sebalik lagenda dakwah dan tarbiyyah, Hasan al-Banna merupakan tokoh pembebasan Palestin!

Ketika Imam al-Banna mengasaskan Ikhwan Muslimun pada tahun 1928, beliau telah menjadikan isu Palestin sebagai isu yang paling penting yang diurus oleh Jamaah. Beliau memberikannya perhatian yang sangat istimewa.

Imam al-Banna meneliti isu Palestin dengan penuh minat sehingga di mana sahaja beliau berucap pasti akan menyentuh isu Palestin.

Beliau pernah menggambarkan hal ini dengan mengatakan:

“Palestin menduduki tempat dalam jiwa dan roh kita yang kesuciannya mengatasi makna nasionalisme semata-mata.

Ini kerana kita telah dikurniakan kota Baitulmuqaddis yang penuh berkat, keberkatan para anbiya’ dan siddiqin, dan tempat kelahiran Nabi Isa as. Semua ini dapat menyegarkan jiwa dan menghidupkan roh.”

Imam al-Banna telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya membela Palestin; dengan pena, lidah, wang dan dirinya sendiri – sehingga beliau terkorban syahid. Beliau benar-benar syahid kerana Palestin sungguhpun tidak terkorban di Palestin.

Ikhwan Muslimun tidak membataskan usaha mereka sekadar mengingatkan tentang bahaya Zionis tetapi turut membangkitkan umat seluruhnya dan memobilisasi usaha untuk melawan bahaya tersebut. IM juga mempamerkan – dan akan terus mempamerkan – pengorbanan demi pengorbanan untuk membela Palestin.

Justeru IM terus menyedarkan orang yang lalai, membangunkan orang yang tidur, mengorbankan wang ringgit, dan menyerahkan para syuhada’ yang berkorban untuk Palestin, sehingga Palestin bebas sepenuhnya dan kembali ke pangkuan umat Islam.

Pada bulan Mei 1948 Imam al-Banna telah mengutus surat kepada para pemimpin Arab yang bertemu di Lubnan. Beliau menegaskan kesediaan Ikhwan Musl

imun untuk menyediakan sepuluh ribu Mujahid yang bersedia untuk mati syahid pada jalan Allah demi membela Palestin.

Ketika bermula perang di Palestin pada tahun 1948, pasukan Inggeris telah berundur selepas kewujudan tentera bersenjata Israel. Tentera Arab yang berada di bawah pimpinan yang dikuasai pegawai Inggeris turut campur tangan.

Rakyat Palestin pula berada di persimpangan antara tentera Zionis dan pemimpin Arab yang secara rasmi mengalah dan tunduk dengan kemahuan Inggeris. Mereka tidak menemui seorang pun penolong yang sebenar selain Ikhwan Muslimun. IM telah berjuang dalam pertempuran sengit menentang tentera Israel.

Pertempuran paling terkenal ialah “Ramat Rahil” ketika sekumpulan Mujahidin IM menyerang kubu penjajah pada malam 26 Mei 1948. Mereka berjaya menguasai kawasan tersebut dan membunuh lebih dari 200 tentera Israel. Begitu juga mujahidin Ikhwan berjaya mengembalikan kedudukan “panitera 86” setelah tentera kerajaan gagal menguasainya.

Bagaimanapun, pihak pemerintah di Mesir telah berkomplot dengan musuh. Mereka telah mengisytiharkan resolusi tentera untuk membubarkan Jamaah Ikhwan pada tahun 1948. Selepas sehari resolusi ini, tentera Mesir yang ditempatkan di Gaza diperintah untuk mengumpulkan semua senjata milik Mujahidin Ikhwan Muslimun Mesir.

Pada tarikh 12 Februari 1949 berlaku pembunuhan Imam Hassan al-Banna di pusat bandar Kaherah pada waktu tengah hari. Dua hari selepas pembunuhan itu, keluar pula arahan penangkapan mujahidin Ikhwan Muslimun. Mereka disumbatkan di penjara Rafah sehingga 18 Jun 1949.

Namun mereka kemudian dipindahkan ke Mesir dalam keadaan dikurung dengan jeriji besi untuk mendekam di penjara Mesir; sebagai balasan yang setimpal dari jihad dan keinginan mereka untuk mati syahid demi Palestin.

Mujahidin Ikhwan Muslimun menunjukkan reaksi mereka seperti yang dinyatakan Allah dalam firmanNya (bermaksud):

“Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: ‘Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita’. Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.” (Al-Ahzab: 22).

Generasi selepas mereka pula mengulang-ulang ayat yang berikutnya (bermaksud):

“Antara orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka antara mereka ada yang gugur. Dan antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya).” (Al-Ahzab: 23).

Dr. Muhammad al Hindi, pemimpin Jihad Islam dan juga pengarah Pusat Kajian dan Penelitian Palestin, mengungkap peranan Hasan al Banna dalam isu Palestin.

Al Hindi mengatakan, “Imam Hasan al Banna menjadikan Palestin sebagai tumpuan perhatian dan istimewa. Beliau menganggapnya sebagai isu bersama umat Islam. Al Hindi menyatakan Imam al Banna amat mengetahui konflik di Palestin. Al Banna juga menyebutkan dunia Barat dan Yahudi bekerjasama menghancurkan Palestin.

Pada tahun 1947, Imam al Banna menolak pembahagian wilayah yang dikeluarkan PBB. Dia menyampaikan seruan kepada seluruh umat dan Ikhwan secara khusus untuk menunaikan kewajiban jihad di Palestin. Al Banna mengatakan, “Al Ikhwan al Muslimun akan mencurahkan nyawa dan dana mereka dalam jihad mempertahankan setiap jengkal tanah Palestin.”

Pada tahun 1948, ketika deklarasi negara Zionis-Israel, Imam al Banna mengambil keputusan menghantar mujahidin dari Ikhwan ke Palestin. Meskipun ketika itu Zionis Israel mempunyai kekuatan yang kuat, al Banna tetap mengirim mujahidin dalam rangka menunaikan kewajiban.

Al Banna ditembak pada 12 Februari 1949 dan akhirnya gugur syahid.

Semoga beliau dirahmati Allah swt.

Sheikh Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammad al-Banna
12 Feb 1949 – 12 Feb 2018

Print

Hari Ini Dalam Sejarah | 27 Disember 2008 | Memperingati Marakat Furqan (Cast Lead)

on .

27 Disember 2008 merupakan detik mula mata masyarakat dunia terbuka seluas-luasnya apabila menyaksikan rejim Zionis Israel meratah nyawa rakyat Palestin tanpa mengira had umur. Serangan yang berpanjangan selama 22 hari itu disifatkan antara serangan paling kejam dan ganas ke atas Jalur Gaza.

Dalam serangan yang digelar sebagai Operation Cast Lead oleh regim Zionis Israel atau Marakat Furqan oleh mujahidin di Gaza, lebih 1,400 orang awam Palestin terkorban termasuk lebih 300 kanak-kanak dan remaja berumur bawah 18 tahun. Lebih 5,000 rakyat Palestin cedera, 3,540 rumah runtuh dan sekitar 2,870 lagi rumah rosak teruk.

Print

Cadangan Teks Khutbah: Solidariti Baitul Makdis

on .

"Baitul Makdis Ibu Negara Palestin; Bukan Israel!"

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إسْرائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا (٤)
فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلالَ الدِّيَارِ وَكَانَ وَعْدًا مَفْعُولا (٥)

Maksudnya: "Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. (4) Maka, apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku." ( Al-Isra: 4-5)
Print

Balfour: 100 Tahun Projek Penjajahan

on .

2 November 2017 menandakan Deklarasi Balfour telah masuk tahun ke 100.

Tarikh ini merupakan suatu tarikh yang amat penting kerana Ia merupakan suatu pengesahan bahawa Zionis mempunyai sokongan dari British untuk berpindah ke tanah suci Palestin, dan menubuhkan negara Yahudi di sana. Dengan katanya; "His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object..."

"Kerajaan Diraja memandang baik penubuhan negara bagi orang Yahudi di Palestin, dan akan membantu sehabis baik agar projek ini berjaya..."

Ianya merupakan suatu perancangan mega yang dilaksanakan di antara British, Zionis dengan penglibatan Amerika yang kemudiannya merupakan kuasa yang paling kuat menyokong kemandirian negara haram Israel, berkesinambungan daripada Perjanjian Sykes-Picot yang telah ditandatangani pada tahun sebelumnya.

Bermula dari hari ini, Yahudi dari seluruh dunia berpindah ke Palestin dan menawannya sedikit demi sedikit sehingga negara Israel diisytiharkan pada 1948.

#Balfour100

Print

2 Oktober 1187 | Memperingati Pembebasan Baitul Maqdis Oleh Salahuddin al-Ayyubi

on .

Kemenangan tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Salahudin Al-Ayubi mengalahkan tentera Salib dalam Perang Hittin di sempadan Laut Mati pada Julai 1187 menjadi tanda kejatuhan Kerajaan Kristian Jerusalem (Kingdom of Jerusalem) dan pembuka jalan kepada pembebasan Baitul Maqdis pada Oktober tahun yang sama; 828 tahun yang lalu.

Pembukaan kota Baitul Maqdis yang pertama adalah pada tahun 637 di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab r.a. Sejak itu Baitul Maqdis berada di bawah pemerintahan Kerajaan Islam selama 462 tahun sehinggalah dirampas oleh tentera Salib pada tahun 1099.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud