Print

Ulasan isu boikot

on .

(sambungan Tiada Jihad di Palestin? Siri 1 & 2)

Ada orang kata boikot kerja bodoh. Dan orang Islam baru nak boikot dan bila boikot bermusim pula.

Boikot barangan/syarikat yang memberi sokongan kewangan kepada Israel semakin rancak pada tahun 2000 apabila pecahnya Intifadah Al-Aqsa, apabila 2000 tentera regim Zionis di bawah pimpinan Ariel Sharon mencerobohi dan mencemarkan masjid al-Aqsa. Prof Dr Yusuf al-Qardhawi mengeluarkan fatwa 'Setiap dinar yang dibelanjakan untuk membeli produk yang menyokong Israel bererti satu peluru yang akan menembusi dada anak-anak kita di Palestin'. Pandangan ini disokong oleh Ulama Azhar dan juga ulama-ulama Indo-Pakistan. Semenjak itu gerakan Islam dan NGO-NGO yang memperjuangkan isu pembebasan Palestin mempopularkan kempen boikot barangan yang menyokong ekonomi Israel.

 

Sebenarnya boikot dengan Zionis/Israel ini sudah di isytiharkan sejak awal lagi sebelum berdirinya negara Israel - iaitu ketika lobi Zionis berusaha gigih utk mendirikan negara Israel di Parlimen British dan kemudian melalui PBB. Al-Haj Amin Husaini, mufti Palestin telah memanggil satu ijtimak ulama dari seluruh Timur Tengah, Afrika Utara dan subkontinen India untuk menghalang proses transaksi penjualan tanah kepada pendatang zionis di Palestin. Ijtimak ini kemudiannya memutuskan satu fatwa yang amat tegas iaitu memulau orang-orang Islam yang menjual tanah mereka kpd pendatang Yahudi. Ini termasuklah mereka yang menjadi broker, memudahkan urusan jual beli, mendapat sebarang keuntungan darinya termasuk komisen atau redha sekalipun. Mereka ini bukan sahaja dipulau bahkan butiran fatwa menggariskan mereka:

1. Putus hubungan silatur rahim sesama keluarga termasuk ibu bapa, anak-anak dan adek beradek. Sekiranya mereka berkahwin maka fasakhlah hubungan di antara suami dan isteri.

2. Jika mereka meninggal jenazah mereka tidak boleh disempurnakan sebagai mana yang selayaknya ke atas jenazah orang Islam dan tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam.

(Fatwa ini diwartakan pada 26 Januari 1935M).

Sesiapa yang menganggap usaha boikot adalah sia-sia maka ia sebenarnya telah difatwakan dalam bentuk yang amat tegas iaitu sesiapa yang berurus niaga dengan Yahudi yang memusuhi islam (di Palestin berniat untuk menguasai bumi Palestin) maka mereka bukan sahaja dipulau bahkan boleh diisytiharkan keluar dari Islam! Fatwa ini masih sah dan tidak pernah ditarik balik sejak 77 tahun yang lalu.

Mari kita lihat pula pendekatan Zionis dalam memerangi rakyat Palestin. David Ben Gurion - PM negara haram Israel yang pertama berkata "Saya pertahankan gesaan supaya suri rumah (yahudi) tidak membeli dari kedai-kedai Arab, untuk pertahan sikap kami (Yahudi) berkawal di kebun-kebun untuk menghalang pekerja Arab dari mendapat pekerjaan, untuk mencurah kerosene ke atas tomato yang ditanam oleh orang Arab, untuk menyerang suri-suri rumah Yahudi yang di pasar-pasar dan memecahkan telur-telur yang mereka beli dari kedai-kedai Arab."

Nah! Ketika kita merasakan boikot adalah kerja bodoh (walaupun ianya diseru oleh para ulama yang jelas bahkan dengan implikasi yang lebih tegas) 'kerja bodoh' inilah yang digunakan oleh musuh-musuh (Zionis) dengan sungguh-sungguh. 'Kerja bodoh' (boikot) inilah sebenarnya yang menyebabkan tumbangnya regim Afrika Selatan yang mengamalkan dasar aprtheid (perkauman melampau). 'Kerja bodoh' inilah yang telah menyebabkan beberapa syarikat spt Caterpillar dan Alstom mengalami kerugian. 'Kerja bodoh' ini jugalah yang menyebabkan antara lain McD mencatat kerugian sebanyak 2.4% dari hasil jualannya di seluruh dunia.

Nota tambahan: Untuk senarai barangan yang perlu diboikot serta kajian mengenainya, sila layari http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Senarai boikot akan dikemaskini setiap tahun dan syarikat yang tidak lagi menyokong Zionis akan dikeluarkan daripada senarai.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud