Print

Hari Ini Dalam Sejarah | 31 Mei 2010: Tragedi Mavi Marmara

on .

 

 

 

 

Masihkah anda ingat kepada tragedi Mavi Marmara; tragedi serangan rejim Zionis Israel ke atas flotila 7 buah kapal yang sedang belayar menuju ke Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan?

Flotila yang disertai hampir 700 aktivis antarabangsa dari lebih 50 negara ini merupakan sebahagian daripada usaha rakyat antarabangsa membantah sekatan kejam Israel ke atas Gaza yang semakin menderita selepas serangan tentera Israel pada Disember 2009 - Januari 2010 (Operation Cast Lead). 2 wakil Aqsa Syarif turut terlibat dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Peristiwa hitam ini juga mengorbankan 9 pejuang kemanusiaan dalam misi menghantar bantuan kepada penduduk Gaza yang amat memerlukan pertolongan dunia.

Kesemua mereka adalah rakyat Turki. Berikut merupakan pejuang-pejuang yang terkorban:

1) Asy-Syahid Furkan Dogan (19 tahun)
- Rakyat Amerika yang sedang menunggu untuk meneruskan pengajian tinggi di fakulti perubatan di sebuah universiti di Turki. Ayahnya, Ahmet Dogan, adalah seorang profesor di Universiti Erciyes. Berkewarganegaraan Turki dan Amerika, Furkan mempunyai dua orang adik-beradik.

2) Asy-Syahid Cengiz Akyüz (41 tahun)
- Berasal dari kota Iskenderun dan dikurniakan tiga orang anak. Beliau terkena empat tembakan.

3) Asy-Syahid Cengiz Songür (47 tahun)
- Berasal dari kota Izmir. Beliau mempunyai tujuh orang anak.

4) Asy-Syahid Fahri Yildiz (43 tahun)
- Beliau adalah seorang pegawai bomba di kota Adiyaman. Beliau dikurniakan empat orang anak.

5) Asy-Syahid Necdet Yildirim (31 tahun)
- Beliau adalah seorang pekerja kemanusiaan di IHH. Beliau berasal dari kota Malatya dan dikurniakan seorang gadis kecil berusia tiga tahun.

6) Asy-Syahid Çetin Topçuoglu (54 tahun)
- Beliau merupakan bekas juara Taekwondo yang bekerja sebagai pelatih pasukan kebangsaan Taekwondo Turki. Beliau mati syahid di hadapan mata isterinya yang juga atlet Taekwondo dan relawan di atas kapal Mavi Marmara.

7) Asy-Syahid Cevdet Kiliçlar (38 tahun)
- Beliau adalah merupakan editor laman web IHH. Beliau dikurniakan dua orang anak. beliau ditembak ketika beliau sedang mengambil gambar tentera Zionis yang sedang menyerang kapal Mavi Marmara.

8 ) Asy-Syahid Ali Heyder Bengi (39 tahun)
- Beliau berasal dari Diyarbakir dan mempunyai kelulusan dari Fakulti Sastera Arab, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Beliau dikurnikan empat orang anak.

9) Asy-Syahid Ibrahim Bilgen (61 tahun)
- Seorang jurutera, pendakwah dan ahli politik di Turki dan dikurniakan enam orang anak.

Semoga Allah menempatkan mereka bersama para syuhada' di Syurga.

Ayuh berikan kegembiraan kepada rakyat Palestin melalui ibadah sedekah kita. Salurkan sumbangan anda ke:

Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY (ID: 6197)
Secara ONLINE di: www.billplz.com/myramadan

Nyatakan kemasukan sumbangan anda ke 018-383 2458 atau emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE: 03-8941 2341 atau 018-383 2458 (Sazlie)

Mohon sebarkan info ini kepada kenalan/sahabat anda!

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan". (Tirmizi)

“Ibadah Kita Kegembiraan Mereka”

 

 

 

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud