Print

SIRI AL-AQSA | Al-Quds Rebutan 3 Agama? (Bahagian 3)

on .

SIRI AL-AQSA

BAHAGIAN 1: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 2: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 4: SAAT AL-AQSA JATUH KE TANGAN ZIONIS ISRAEL

---

Adakah kota al-Quds menjadi rebutan kepada 3 agama iaitu Islam, Yahudi dan Nasrani? Kota al-Quds adalah kota penyatuan kepada 3 agama ini suatu ketika dahulu sehinggalah Israel Zionis datang dan melakukan pelbagai kekacauan dan kezaliman terhadap penduduk di Palestin.

1. Islam

Nama Masjid al-Aqsa disebutkan secara jelas dalam Al-Qur’an. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra:1

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِير

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. “

Imam Ibnu ‘Asakir berkata:

“Jika tidak ada dalil untuk kemuliaan Baitulmaqdis selain dari ayat di atas, maka cukuplah ia satu-satunya sebagai dalil dengan segala keberkatan yang ada kerana jika sekeliling kawasan itu diberkati sudah tentu keberkatan Masjid al-Aqsa berlipat kali ganda. Ketika Allah SWT hendak memperjalankan Nabi-Nya naik ke langit dari Baitulmaqdis, ini menunjukkan betapa pentingnya tempat tersebut dan keutamaannya selain disatukan dua rumah Allah SWT dalam satu ayat menambah kemuliaan keduanya.”

2. Yahudi

• Al-Quds dikatakan ibukota kerajaan Raja Daud sebelum bertukar tangan ke anaknya Raja Sulaiman yang juga melanjutkan pusat pemerintahannya di Al-Quds.
• Al-Quds merupakan diantara tanah yang dijanjikan menurut kitab Taurat (Kitab Kejadian 15:18-21)
• Terdapat tempat ibadah yang suci bagi mereka yang dibina Raja Sulaiman. (Kitab 1 Raja-raja 6:37-38)

3. Nasrani
• Proses penyaliban Isa terjadinya di Al-Quds
• Penziarahan ke tempat suci dalam keyakinan Nasrani iaitu “Via Dolorosa” atau “Jalan Kesengsaraan” berada di kota Al-Quds.
• Di Masjid al-Aqsa terdapat sebuah pintu yang dinamakan “Pintu Emas” atau “Golden Gate”. Dalam keyakinan mereka, akan datang Isa al-Masih melalui pintu tersebut sebagai penyelamat dunia di akhir zaman.

Ingin menyumbang membantu Murabitoun dan Murabitat di Masjid Al-Aqsa? Derma secara online di sini: www.billplz.com/savealaqsa

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud