Print

SIRI AL-AQSA | 21 Ogos - Hari Al-Quds Sedunia (Bahagian 5)

on .

SIRI AL-AQSA

BAHAGIAN 1: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 2: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 3: AL-QUDS REBUTAN 3 AGAMA?
BAHAGIAN 4: SAAT AL-AQSA JATUH KE TANGAN ZIONIS ISRAEL
BAHAGIAN 6: PENGYAHUDIAN AL-AQSA?

---

Ketika peperangan pada 5-10 Jun 1967, rejim Israel telah berjaya menawan Masjid al-Aqsa sekaligus mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa sebagai milik mereka. Tembok itu yang dikenali sebagai ‘tembok Buraq’ sebelumnya kini dikenali sebagai ‘ tembok meratap’.Penawanan terhadap tembok ini merupakan permulaan bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai “ The Temple Mount” atau “Haykal Sulaiman”.

Kebakaran berlaku

Pada 21 Ogos 1969 seorang penganut fahaman Zionis beragama Kristian asal Switzerland, Dennis Michael telah membakar sebahagian daripada ruang utama Masjid al-Aqsa. Akibat dari tindakan keganasan tersebut, terdapat beberapa bahagian yang mengalami kemusnahan antaranya minbar masjid yang dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki serta pernah digunakan Salahuddin al-Ayyubi di zaman pemerintahannya. Penjenayah yang bertanggungjawab akhirnya dibebaskan atas alasan “ tidak siuman” walaupun beliau menjawat jawatan seorang doktor perubatan.

Penubuhan OIC

Sebagai reaksi terhadap peristiwa pembakaran tersebut, negara-negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu umat Islam sedunia. Semenjak hari itu, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Masjid Al-Aqsa sedunia. Namun malangnya sehingga kini bukan sekadar isu Palestin tidak terselesai malahan isu Masjid Al-Aqsa juga dipinggirkan dari agenda OIC. Ratusan resolusi telah diluluskan OIC tetapi ia hanya di kertas dan tidak dilaksanakan. Mereka hanya menurut apa yang disuapkan Amerika dan Tel Aviv. Jika pemimpin-pemimpin umat Islam di OIC tidak dapat diharapkan, maka haruslah umat Islam sendiri bersifat proaktif dalam usaha menyelamatkan Masjid Al-Aqsa. Maka marilah kita lakukan sedaya upaya dalam menolong membebaskan Al-Aqsa dan menundukkan jajahan zionis Israel.

Ingin menyumbang membantu Murabitoun dan Murabitat di Masjid Al-Aqsa? Derma secara online di sini: www.billplz.com/savealaqsa

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud