Print

Ulasan Mingguan PACE / 1 – 7 Okt 2018

on .

Minggu ini kita menyaksikan penangkapan beramai-ramai penduduk Palestin di Tebing Barat yang dilakukan oleh tentera Zionis Israel. Pada pagi Selasa, 2 Oktober, seramai 21 penduduk Palestin ditangkap, manakala pada hari Khamis pula seramai 13 penduduk Palstin ditangkap di sekitar kawasan berasingan di Tebing Barat.

Kesemua mereka ditahan atas tuduhan melakukan aktiviti melawan tentera Zionis Israel dan penduduk haram Zionis.

Dalam pada itu, seramai 168 orang pelampau Zionis telah mencerobohi kawasan Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat oleh polis dan tentera Israel bagi melaksanakan ritual Talmud di sekitarnya. Menurut laporan daripada badan Wakaf Islamiah Al-Quds, seramai 10 orang panduduk Palestin dibuang kawasan kerana dituduh menghalangi tugasan angota polis Israel serta menghalang pendatang haram daripada memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa.

Presiden Amerika Syrikat, Donald Trump dengan penuh bangga dan bongkak membuat kenyataan bahawa Amerika Syarikat lah yang telah melindungi Arab Saudi di samping mengumumkan bahawa Amerika Syarikat telah mula menghantar bantuan ketenteraan kepada tentera Zionis Israel sebanyak 38 juta USD selama 10 tahun yang akan datang pada Rabu 3 Oktober. Menurut Trump, beliau juga telah menandatangani persepakatan ketenteraan bersama kerajaan Arab Saudi yang berjumlah 460 juta USD di Riyad pada tahun lalu.

Menurut laporan daripada media Pergerakan Pembela Islam Palestin (HAMAS) pada Khamis 4 Oktober, sebanyak 431 operasi serangan telah berjaya dilakukan hanya pada bulan September lalu di sekitar Tebing Barat dan bandar al-Quds.

Dalam laporan tersebut menyatakan bahawa, rakyat Palestin berjaya mempelbagaikan corak serangan mereka seperti tembakan terus kepada tentera Israel, operasi tikam, lemparan batu, lemparan bom Molotov disamping penentangan melalui demonstrasi jalanan bagi menghalang serangan tentera Zionis Israel ke penempatan mereka.

Perkembangan Di Gaza

Pada hari Rabu 3/10, Seorang kanak-kanak Palestin yang berumur 15 tahun, Ahmad Samir Abu Al-Habl meninggal dunia akibat terkena bom pemedih mata dibahagian kepala yang disasarkan oleh tentera Zionis Israel kepada peserta demonstrasi aman di Jalur Gaza.

Pada Jumaat 7/10 pula 3 orang pemuda Palestin Syahid terbunuh dalam aksi demonstrasi yang sama.

Menurut Laporan daripada Palinfo dan Kementerian Kesihatan Gaza, lebih daripada 204 rakyat Palestin telah syahid, 10 jenazah syuhada daripadanya masih ditahan oleh tentera Zionis Israel di samping lebih daripada 22 ribu yang lain yang tercedera semenjak tercetusnya GRM (Great Return March - Perarakan besar untuk kembali ke tanah air dan kampung halaman mereka) pada Mac lalu.

Menurut Pusat Biro Perangkaan Palestin (PCBS) , 90 peratus penduduk Gaza dikatakan hidup tanpa bekalan air yang bersih disamping berkurangnya bekalan ubat-ubatan di setiap klinik dan hospital kesan daripada sekatan yang telah dilakukan oleh kerajaan Zionis Israel dan dibantu oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) semenjak 12 tahun yang lalu.

Menurut laporan daripada Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, lebih daripada 70 peratus bekalan ubat-ubatan telah habis digunakan.

Akibat daripada sekatan kejam dan krisis yang berpanjangan dalam bidang ekonomi, penghasilan dan perdangangan, Jalur Gaza terpaksa menampung kerugian sebanyak 50 juta USD sebulan. Menurut laporan daripada Palinfo, sebanyak 2,500 kedai dan kilang terpaksa ditutup akibat daripada krisis berkenaan. Akibat daripada itu juga jumlah pengangguran di Gaza makin meningkat serta peratusan pengangguran di sana adalah yang tertinggi di dunia iaitu melebihi 43,9 peratus penduduk di sana.

Rujukan: Pal Info
Foto: APA

ARS
Exsekutif Penyelidikan MyCARE

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud