Print

Kenali Masjid Al-Aqsa

on .

Al-Aqsa sebenarnya bukanlah hanya Dome of The Rock (bangunan berkubah emas). Al-Aqsa juga bukanlah hanya bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami' al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).

Al-Jami' (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang Jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla dan sebagainya. Jadi, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat Jumaat.

Bangunan-bangunan 'al-Jami' ' dan Dome itu, mengikut sejarah Islam, masih belum wujud ketika Nabi Muhammad SAW pergi ke situ dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj. Ketika Nabi SAW pergi pada waktu itu, tempatnya adalah lapang. Ia dikelilingi tembok sahaja. Kawasannya luas, lebih kurang 144 ekar.

Bangunan-bangunan berkubah emas dan berkubah hijau ini dibina selepas Rasulullah wafat. Bangunan tempat solah Berkubah Hijau telah dibina oleh Khalifah Umar Ibn Al-Khattab RA. Bangunan Berkubah Emas pula telah dibina oleh Khalifah Abdul Malik Ibn Marwan. Mengikut turutan masa: Rasulullah - Umar - Abdul Malik.


Keduanya berada dalam kawasan Masjid al-Aqsa. Berbangunan atau tidak berbangunan, keseluruhan kawasan masjid berpagar yang dibina oleh Nabi Sulaiman ini (seperti ditandakan dengan garisan hijau dalam gambar di atas) adalah keseluruhan Masjid al-Aqsa. Inilah maksud al-Masjid al-Aqsa yang disebut di dalam Surah al-Isra ayat 1.


Nama-nama tempat di dalam lingkaran Masjid Al-Aqsa

Jadi, di mana sahaja kita solat di dalam kawasan itu, samada dalam al-Jami' atau dalam Bangunan Berkubah Emas (Dome of The Rock), pahalanya sama, iaitu pahala mereka yang solat di al-Masjid al-Aqsa. Itulah yang disepakati oleh ulama' tafsir, ahli sejarah dan cendikiawan Islam. Maka mempertahankan Al-Aqsa mestilah bermakna mempertahankan keseluruhan kawasan berpagar itu.

Abdullah Ibn Umar bertanya pada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi BaitulMaqdis. "Jawab Rasulullah SAW, "Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid)." – Sahih Bukhari

Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Sayidina Umar al-Kahttab RA telah mengistiharkan Baitul Maqdis yang melingkari masjid al-Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setelah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom Timur (Byzantium).

Artikel asal: http://aqsasyarifjohor.blogspot.com/
Rujukan: http://iroslan.blogspot.com/2007/03/membongkar-keluasan-al-aqsa.html

Comments   

 
0 #22 adawiyah 2012-12-18 10:54
Mohon share...terima kasih:)
Quote
 
 
0 #21 ayie 2012-11-21 12:08
mohon share..tq ;)
Quote
 
 
0 #20 admin 2012-11-20 23:07
Thank you for your suggestions. Most up to date news are in English but we will try to post more news in Malay, insya Allah.
Quote
 
 
0 #19 nNn 2012-11-20 18:52
it would be more easier for visitors if there is 'print' icon for all articles in this website so that we dont have to copy n paste. it will be more user-friendly though. really wanna see it in my next visit...
and also, hope to get malay version about recent news regarding Gaza..most of the news written in English. coz I wish to share those news about gaza with my students...TQ
Quote
 
 
0 #18 admin 2012-11-20 10:16
Silakan share. Amat dialu-alukan :)
Quote
 
 
0 #17 azlina 2012-11-20 00:08
salam, maaf, telah saya share tadi tanpa minta izin admin.. harap admin benarkan. tq
Quote
 
 
0 #16 Lenggang Kangkung 2012-10-31 12:52
izinkan saya copy & repost di blog saya
Quote
 
 
0 #15 ayra78 2012-07-27 10:56
salam...izinkan saya share artikel ini untuk sama2 menyelamatkanny a daripada ditakluki....
Quote
 
 
0 #14 englia erfi 2012-07-15 11:17
Informasi yang brilian, izin copy ke FB
Quote
 
 
0 #13 firdaus 2012-06-22 10:20
jadi shalat hadap kemana k wktu itu ? dome the rock atau masjid kubah hijau itu,,,,, klo sekarang dah di suruh hadap k ka'bah,,,,,,
Quote
 

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud