Print

Baitulmaqdis ibu negara bersama?

on .

Dr Hafidzi Mohd Noor Ahli Lembaga Aqsa Syarif

ARKIB : 16/01/2010

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Baitulmaqdis merupakan kota suci ketiga bagi umat Islam. Kota yang dikenali sebagai Al-Quds itu mempunyai perkaitan yang terlalu rapat dengan Islam. Ia menjadi kiblat pertama umat Islam dan merupakan tanah yang diturunkan ramai para Nabi sebagai utusan. Kerana itu, adalah sesuatu yang sangat menyedihkan untuk menyaksikan kota suci umat Islam itu kini jatuh ke tangan rejim Zionis.

Namun, perlu diakui kota itu juga dianggap sebagai kota suci bagi penganut agama Kristian dan Yahudi. Kerana itu jugalah, kota itu merekodkan sejarah persengketaan antara agama yang panjang termasuklah sehingga ke abad ini.

Konflik Asia Barat itu bermula apabila Israel menyerang Palestin dan menawan Baitulmaqdis pada perang 1967 dan memulakan proses pengyahudian sejak itu. Ini termasuklah merampas tanah rakyat Palestin di kota tersebut terutama di kota lama yang menempatkan Masjid Al-Aqsa.

Israel juga merobohkan rumah-rumah orang Arab, membatalkan status pemastautin penduduk Arab di Baitulmaqdis dan membina penempatan Yahudi. Bangsa Arab yang asalnya merupakan 96 peratus daripada penduduk Baitulmaqdis kini hanya tinggal sekitar 30 peratus akibat usaha sistematik Israel mengubah landskap penduduk kota tersebut.

Print

Masjid Al-Aqsa dalam bahaya

on .

Khutbah jumaat

Masjid al-Aqsa dalam bahaya

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ،، أما بعد:

Sidang Jumaat yang dimuliakan….

Sesungguhnya apa yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa pada hari ini merupakan satu percubaan Zionis yang kejam bagi membakar dan memusnahkan Masjid Al-Aqsa serta menghapuskan kesan-kesan kesucian Bandar Al-Quds. Dengan bertujuan menyingkirkan umat Islam dan mengubah bandar tersebut menjadi bandar Yahudi.

Print

Amanat terakhir Syeikh Ahmad Yassin

on .

Tarikh syahid: 22 Mac 2004

  1. Bumi Palestin adalah milik umat Islam yang secara paksa telah dirampas oleh Zionis Israel dan hanya boleh direbut kembali dengan kekuatan. Ia adalah tanah wakaf yang tidak sama sekali boleh diserah kan walaupun seinci. Untuk itu umat Islam harus bersedia melakukan segala-galanya demi menebus kembali tanah suci ini.
Print

[Epi 3] Konsep ‘Islamic Jerusalem’, ‘barakna fiha’ dan ‘barakna hawlahu’

on .

Berikut adalah rumusan yang disalin dari buku 'Meneroka Identiti Islamic Jerusalem' oleh Prof Dr Abd Fattah M El-Awaisi.

Meskipun Baitul Maqdis dibuka oleh Saidina Umar al-Khattab pada tahun 637M (Jun atau Julai) bersamaan 16H (Rabiul Awal atau Akhir) iaitu 5 tahun selepas wafatnya Rasulullah SAW, namun Rasulullah SAW telah membina satu perancangan untuk membuka Baitul Maqdis sejak dari awal lagi.

Titik permulaan kepada misi untuk pembukaan Baitul Maqdis bermula dengan peristiwa Isra' dan Mikraj. Peristiwa ini berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada tahun 620M (Pertengahan tahun ke 11 kenabian Rasulullah SAW).

Print

[Epi 2] Konsep ‘Islamic Jerusalem’, ‘barakna fiha’ dan ‘barakna hawlahu’

on .

Prof Abd Fattah kemudian mengulas tentang ayat yang sering dibaca dan dihayati setiap tibanya 27 Rejab iaitu ayat 1 dari surah al-Isra' atau Bani Israel yang bermaksud:

“Maha Suci Dia (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad SAW) pada malam hari dari (min) Masjid al-Haram ke (ila) masjid al-Aqsa yang diberkati di sekelilingnya (hawlahu) untuk diperlihatkan tanda-tanda kebesaranNya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Print

[Epi 1] Konsep ‘Islamic Jerusalem’, ‘barakna fiha’ dan ‘barakna hawlahu’

on .

Pada 4 Mac 2010, saya bersama Ir Dr Selamat (Pengerusi JKPA dan Timb Pengarah PACE) dan ukth Norazain anidin (Felo Kanan PACE) telah sempat menghadiri seminar sehari 'Islamicjerusalem studies' anjuran Academy for Islamicjerusalem Studies, Scotland UK yang disempurnakan di Akademi Pengajian Islam, Univ Malaya. (Ust Shamsul Maarif dan anak beliau Auza'i juga hadir).

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud