Print

2 Oktober 1187 | Memperingati Pembebasan Baitulmaqdis oleh Salahuddin Al-Ayyubi

on .

Tanggal 2 OKTOBER merupakan hari bersejarah bagi umat Islam kerana ia mengingatkan kita tentang kejayaan Salahuddin al-Ayyubi membebaskan kota Baitulmaqdis setelah lebih 88 tahun berada di bawah penguasaan Kerajaan Kristian Jerusalem (Kingdom of Jerusalem). Ia satu kejayaan yang cukup membanggakan hingga menjadi sebutan dan tauladan oleh rakan dan lawan.

Kejayaan Salahuddin al-Ayyubi membebaskan kota Baitulmaqdis telah meletakkan kota itu kembali di bawah penjagaan dan perlindungan umat Islam. Lembaran sejarah jelas menunjukkan kota ini berada dalam keadaan paling aman dan sejahtera apabila ia diletakkan di bawah penjagaan dan perlindungan umat Islam. Di bawah pemerintahan Islam, umat Islam, Kristian mahu pun Yahudi masing-masing mendapat pengiktirafan untuk mendiami kota ini dan menghirup barakahnya.

Print

Perutusan Aidil Fitri 1437H Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

on .

Bersempena 1 Syawal yang berbahagia ini, saya mewakili barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE dan seluruh jentera pentadbiran, aktivis dan sukarelawan MyCARE di peringkat pusat, negeri dan daerah, dalam dan luar negara, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan takabalallahu minna waminkum kepada semua rakyat Malaysia yang telah berjaya melalui sebulan tarbiyah di bulan Ramadan. Sesungguhnya hari ini adalah hari kemenangan buat kita semua.

Print

Ulasan Mingguan PACE |17 Mei - 23 Mei 2016

on .

Pada Jumaat 20/5, tentera Zionis Israel menyerbu serta menyerang peserta-peserta yang berdemonstrasi secara aman di perbandaran Ni’lin yang terletak di Tebing Barat. Serangan tersebut telah mengakibatkan puluhan peserta demostrasi tercedera dan sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang dilempar oleh tentera Zionis Israel. Menurut saksi ditempat kejadian tentera Israel menyerang peserta sejurus selepas mereka menunaikan solat Jumaat dengan gas pemedih mata dan bom suara. Pada Ahad 22/5, kerajaan Zionis Israel terpaksa menutup terminal stesen keretapi dan bas di bandar al-Quds selepas menemui satu beg aneh yang ditinggalkan di tempat kejadian sementara pemuda-pemuda Intifada menyerang satu pangkalan tentera Zionis yang terletak di Tebing Barat dengan bom molotov.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 9 - 16 Mei 2016

on .

Minggu ini menyaksikan penentangan daripada pejuang Intifadah ditingkatkan. Pada petang Ahad 15/5 berpuluh-puluh pejuang Intifada tercedera dan mengalami sesak nafas apabila satu pertembungan dengan tentera Zionis meletus di pintu gerbang sebelah utara Kem al-Fawwar yang terletak di selatan Hebron. Pada pagi 16/5 tadi, seorang pendatang haram Zionis tercedera apabila ditikam oleh seorang pemuda Palestin berdekatan stesyen minyak di jalan Al-Anbi’a di kota al-Quds. Menurut jurucakap Polis Zionis Louba as-Samiri , pihak keselamatan terus bergegas ketempat kejadian dan kemudiannya menangkap pemuda tersebut serta menjalankan siasatan terhadapnya. Operasi tikam berkenaan merupakan rentetan daripada operasi yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Intifada yang meletus semenjak awal Oktober tahun 2015.

Print

27 Rejab | Mengingati Israk & Mikraj

on .

Israk dan Mikraj merupakan peristiwa yang sangat bermakna kepada umat Islam kerana melalui peristiwa inilah umat Muhammad SAW ditaklifkan dengan syariat solat, salah satu syiar terbesar dan rukun dalam Islam. Melalui peristiwa ini juga umat Islam diikat dengan Masjid al-Aqsa dan sejarah anbiya' yang panjang di bumi Palestin.

Jika kita meneliti sejarah nubuwwah, kita akan dapat melihat bagaimana umat Islam di Mekah mula menempa kejayaan demi kejayaan selepas peristiwa Israk dan Mikraj. Bermula dengan kunjungan warga Yathrib (Madinah) ke Mekah untuk mengikat janji setia dengan Rasulullah SAW melalui Perjanjian Aqabah I dan II, umat Islam kemudian berhijrah ke Madinah untuk mengasaskan sebuah empayar yang bertahan lebih 10 abad dan membawa rahmat ke seluruh alam. Dengan kata lain, keterikatan kita kepada Masjid al-Aqsa bakal membuka jalan kemenangan kepada umat Islam.

Print

Ulasan Mingguan PACE |12 Apr - 19 Apr 2016

on .

Minggu ini menyaksikan penentangan daripada pejuang intifadah semakin meningkat. Pada petang Isnin 18/4 , sebuah bas yang membawa pendatang Zionis meletup dan terbakar akibat daripada operasi serangan yang dilakukan oleh pejuang Intifada. Kejadian tersebut menyebabkan 21 orang pendatang Zionis tercedera apabila bas yang dinaiki mereka meledak dan terbakar. Menurut kenyataan ketua perbandaran Zionis, Neir Barakat berkata, ledakan yang terjadi diakibatkan oleh bom yang ditanam berdekatan bas berkenaan. Menurut sumber daripada polis Zionis pula, ledakan bom yang terjadi adalah akibat daripada operasi berani mati yang dilakukan oleh pejuang Intifada.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud