Print

27 Rejab | Mengingati Israk & Mikraj

on .

Israk dan Mikraj merupakan peristiwa yang sangat bermakna kepada umat Islam kerana melalui peristiwa inilah umat Muhammad SAW ditaklifkan dengan syariat solat, salah satu syiar terbesar dan rukun dalam Islam. Melalui peristiwa ini juga umat Islam diikat dengan Masjid al-Aqsa dan sejarah anbiya' yang panjang di bumi Palestin.

Jika kita meneliti sejarah nubuwwah, kita akan dapat melihat bagaimana umat Islam di Mekah mula menempa kejayaan demi kejayaan selepas peristiwa Israk dan Mikraj. Bermula dengan kunjungan warga Yathrib (Madinah) ke Mekah untuk mengikat janji setia dengan Rasulullah SAW melalui Perjanjian Aqabah I dan II, umat Islam kemudian berhijrah ke Madinah untuk mengasaskan sebuah empayar yang bertahan lebih 10 abad dan membawa rahmat ke seluruh alam. Dengan kata lain, keterikatan kita kepada Masjid al-Aqsa bakal membuka jalan kemenangan kepada umat Islam.

Print

Ulasan Mingguan PACE |12 Apr - 19 Apr 2016

on .

Minggu ini menyaksikan penentangan daripada pejuang intifadah semakin meningkat. Pada petang Isnin 18/4 , sebuah bas yang membawa pendatang Zionis meletup dan terbakar akibat daripada operasi serangan yang dilakukan oleh pejuang Intifada. Kejadian tersebut menyebabkan 21 orang pendatang Zionis tercedera apabila bas yang dinaiki mereka meledak dan terbakar. Menurut kenyataan ketua perbandaran Zionis, Neir Barakat berkata, ledakan yang terjadi diakibatkan oleh bom yang ditanam berdekatan bas berkenaan. Menurut sumber daripada polis Zionis pula, ledakan bom yang terjadi adalah akibat daripada operasi berani mati yang dilakukan oleh pejuang Intifada.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 30 Mar - 4 Apr 2016

on .

Pada Ahad 3/4, satu pertempuran sengit berlaku antara pejuang-pejuang Intifada dan tentera Zionis Israel di perkampungan Eisawiyyah yang terletak di timur bandar al-Quds. Pertempuran tersebut menyebabkan 6 orang pejuang tercedera terkena tembakan dan puluhan yang lain sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata. Pada hari yang sama juga , tentera Israel telah menangkap seorang pemuda Palestin kerana disyaki ingin melakukan operasi tikam di Nablus. Sebelumnya, tentera Zionis telah menangkap seorang pemudi Palestin dari Kafer Qasim di dalam wilayah Palestin 1948 setelah berjaya menikam seorang tentera Israel di Tel Aviv yang menyebabkan kecederaan ringan. Menurut laporan Markaz Kajian Informasi Palestin, operasi-operasi serangan yang dilakukan oleh pejuang Intifada semenjak Oktober tahun lepas telah berhasil mengorbankan 34 orang pendatang Zionis dan mencederakan 450 pendatang yang lainnya.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 23 - 29 Mac 2016

on .

Minggu ini menyaksikan pemuda-pemuda Intifada terus melakukan operasi-operasi melawan penjajah Zionis. Pada Khamis 24/3 , seorang tentera Israel cedera parah akibat ditikam oleh dua orang pejuang Palestin Abdul Fattah As-Syarif dan Ramzi Aziz al-Qasrawi. Kedua mereka terus ditembak oleh tentera Zionis dengan 10 das tembakan dan kemudiannya ditinggalkan syahid terbaring dijalanan. Pasukan perubatan turut dihalang oleh tentera Zionis untuk memberi bantuan kecemasan kepada mengsa. Menurut saksi mata di tempat kejadian, ketika mereka ditembak, Abdul Fattah dilihat masih bergerak mengerang kesakitan, kemudiannya salah seorang tentera Israel datang dan terus menembak mangsa dibahagian kepala dalam jarak yang dekat. Menurut laporan Euro-Mediterranean, tentera Israel telah membunuh lebih kurang 209 rakyat palestin sejak tercetusnya Intifada al-Quds pada awal Oktober tahun lepas.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 15 - 22 Mac 2016

on .

Pada petang Jumaat 18/3 , seorang pemuda Palestin syahid ditembak mati oleh tentera Zionis Israel kerana disyaki ingin melakukan operasi tikam di persimpangan Gush Etzion selatan Bethlehem. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin , pemuda tersebut adalah Muhammad Mahmud Ahmad Abu Fannunah ( 21 thn ) berasal daripada bandar Al-Khalil. Pada keesokan harinya, seorang tentera Israel cedera parah akibat ditikam dalam satu operasi yang dilakukan oleh seorang pemuda Palestin Abdullah Muhd Aid Al-Ajluny yang kemudiannya ditembak mati oleh tentera Zionis Israel di wilayah al-Kasaroh di bukit al-Jauhar yg terletak di kota lama Hebron. Menurut kajian lapangan yang dilakukan oleh Pusat Kajian Al-Quds , jumlah syuhada Palestin yang telah gugur sejak tercetusnya intifada pada awal oktober 2015 lalu mencapai 198 orang dan wilayah Hebron mencatat jumlah syuhada tertinggi iaitu seramai 53 orang diikuti Al-Quds sebanyak 44 orang, Gaza 25 orang, Ramallah ,Al-Birah dan Jenin masing-masing 19 orang.

Print

Boikot Secara Bertanggungjawab, Jangan Vandalisme

on .


Bahagian 1: Menjawab Hujah McDonalds Malaysia
Bahagian 2: Menjawab Hujah McDonalds Malaysia | Sumbangan-sumbangan McD
Bahagian 3: Menjawab Hujah McDonalds Malaysia | McD Israel

McD wajar diboikot tapi usahlah boikot itu dilaksanakan hingga merosakkan harta benda (vandalisme), menjatuhkan maruah pekerja McD dan perbuatan-perbuatan yg hanya merosakkan reputasi boikot yang sah.

McD bukannya sasaran kita. Sasaran kita adalah Zionis Israel.

McD diboikot agar ia berhenti menyokong Zionis Israel. McD ingin kita jadikan rakan/ally kita untuk menentang kezaliman Zionis Israel. Kita ingin seru McD dan para pekerjanya bersama-sama kita memperjuangkan hak rakyat Palestin.

McD diboikot bukan untuk dimusuhi mahupun dibenci. Tetapi untuk akhirnya dijadikan rakan seperjuangan. Justeru, lakukan boikot dengan cara yang bertanggungjawab dan berakhlak. Jangan kita pula menjadi perosak kepada tujuan asal boikot dan menyebabkan perjuangan membebaskan Palestin tertangguh keme

Khalid Jimat,
Pegawai Penyelidik,
Palestine Centre of Excellence (PACE).

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud