Print

Ulasan Mingguan PACE | 1 - 7 Feb 2016

on .

Pada Rabu 3/2, tiga pemuda Palestin syahid dalam satu operasi serangan yang menyebabkan seorang tentera wanita Zionis Israel terbunuh serta tiga orang tentera mereka tercedera di wilayah Amud yang terletak di bandar al-Quds. Menurut sumber daripada polis dan media Israel, ketika pergelutan terjadi antara tentera perempuan dan tiga pemuda tersebut, sejumlah tentera datang dan kemudiannya melepaskan tembakan sesama mereka yang mengakibatkan beberapa orang diantara mereka tercedera. Jurucakap rasmi Hamas, Husam Badran memuji serta mendokong operasi serangan yang dilakukan tiga pemuda tersebut serta menyifatkannya sebagai satu titik perubahan yang terpenting bagi Intifada ketiga pada kali ini. Husam dalam kenyataan medianya menegaskan bahawa serangan tersebut merupakan satu isyarat yang menunjukkan tekad dan komitmen rakyat Palestin meneruskan perjuangan Intifada, walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang dahsyat.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 23 - 30 Jan 2016

on .

Minggu ini menyaksikan penentangan daripada pejuang Intifada terus meningkat. Pada Jumaat 29/1 tengah malam, sejumlah pejuang Intifada tercedera selepas bertempur dengan tentera Zionis Israel di penempatan Ya’bud selatan Jenin. Pasukan tentera Zionis Israel dikatakan menyerbu kawasan tersebut serta memprovokasi penduduk seterusnya melepaskan gas pemedih mata, bom suara serta melepaskan beberapa das tembakan. Pada Jumaat malam yang sama, tentera Zionis telah menangkap empat orang rakyat Palestin di pos pemeriksaan utara Jenin. Menurut sumber tempatan, keempat pemuda berkenaan ditangkap dan dibawa ke kem tentera berdekatan seterusnya dibelasah dengan teruknya oleh tentera Zionis Israel.

Menurut penganalisa politik Zionis, Nadav Shragai mengatakan bahawa method membenteng yang dibuat “Israel” untuk mencegah daripada pejuang Palestin melakukan serangan keatas Zionis telah gagal dalam menghentikan operasi-operasi tikam dan langgar. Keterangan tersebut dinyatakan Shragai dalam satu artikel yang ditulis dalam akhbar Yisrael Hume edisi Rabu 27/1. Beliau menyatakan bahawa, pelbagai method perlindungan telah diambil oleh Israel tetapi tidak berkesan apabila berhadapan dengan pejuang Palestin. Beliau menegaskan bahawa berkemungkinan boleh dilanjutkan proses perlindungan, akan tetapi itu hanyalah masalah waktu sehingga pejuang Palestin berjaya menyusup serta melakukan operasi serangan.

Pada pagi Khamis 28/1, tentera Israel telah meroboh dan menghancurkan sebuah masjid di penempatan Rakhmah yang terletak di wilayah Nagev buat kedua kalinya. Menurut anggota Knesset Arab Tholb Abu Arar beliau berpendapat tindakan Israel merobohkan masjid ini merupakan satu penodaan terancang terhadap tempat suci rakyat Palestin dengan tujuan menekan penduduk terbabit supaya meninggalkan penempatan mereka. Dalam pada itu, kerajaan Zionis Israel mengecam gerakan boikot sedunia ke atas Israel ( BDS ) serta mengamcam mereka dengan melakukan serangan cyber. Menurut Menteri Urusan Strategi Israel, Gilad Ardan ketikamana ditemuramah di persidangan Cyber Tech 2016 di Tel Aviv mengatakan bahawa gerakan BDS seharusnya dipaksa mempertahankan dirinya sendiri bukannya menyerang Israel. Kerajaan Israel telah memperuntukkan sebanyak 100 juta Shekel untuk peperangan cyber menghadapi gerakan BDS.

Turki mengecam keras Israel yang bersetuju membangun 153 unit penempatan baru di Tebing Barat. Kementerian Luar Turki dalam satu keterangan yang dikutip daripada akhbar Anadolu menegaskan pihaknya mengecam keras persetujuan Israel atas pembangunan 153 unit baru di Tebing Barat dan Al-Quds timur yang dijajah Zionis tahun 1967 serta menegaskan bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa yang sepatutnya menegaskan prinsip-prinsip keamanan dan tindakan tersebut tidak dapat diterima sama sekali.

Perkembangan Di Gaza

Brigade Izzudin Al-Qassam melepaskan pemergian tujuh orang pejuangnya pada Khamis 28/1 setelah gugur syahid akibat tertimbus dibawah terowong lama yang pernah digunakan ketika peperangan lalu. Dalam keterangan rasmi Al-Qassam, ketujuh syuhada tersebut ialah Tsabit ar-Rifi (25 thn) yang merupakan ketua unit, Ja’far Hammadah (23 thn), Wasim Hasunah (19 thn), Nidhal Audah (24 thn), Mahmud Bashal (25 thn), Ghazwan Shubaki (25 thn), Izzuddin Qasim (21 thn ) yang kesemuanya daripada brigade Tuffah dan Daraj di timur Gaza.

Naib Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyyah dalam khutbahnya di masjid Al-Umari mengatakan bahawa, Brigade Izzudin Al-Qassam menggali terowong untuk mempertahankan Gaza serta menjadikannya sebagai titik tolak menuju pembebasan al-Aqsa keseluruhannya. Gaza hari ini meratapi pemergian syuhada’ yang berjuang di dalam tanah yang merangka jalan pembebasan. Haniyyah mengingatkan bahawa genjatan senjata bukanlah waktu untuk beristirehat dan bersantai, namun untuk mempersiapkan segala aspek kekuatan dalam menghadapi peperangan yang akan datang dengan Israel. Tambah Haniyyah, bahwa Brigade al-Qassam akan terus melakukan persiapan di bawah tanah dan di atasnya, di darat dan di laut dan tidak akan berhenti sampai terbebasnya tanah-tanah suci. Dalam mengakhiri ucapannya Haniyyah menegaskan bahawa generasi Al-Qassam merupakan legenda sejarah yang pernah dihasilkan oleh Gaza serta mengatakan “ Kami tidaklah menginginkan pangkat dan kuasa, namun apa yang kami inginkan adalah kebebasan dan negara”.

 

Teruskan bersama Palestine Centre of Excellence (PACE) untuk perkembangan terkini di Palestin.

‪#‎MyINTIFADA‬ ‪#‎IntifadaalQuds‬ ‪#‎Peace4Palestine‬ ‪#‎BoycottIsrael‬ ‪#‎Justice‬ ‪#‎Wake_up‬ ‪#‎BDS‬

Kredit foto: Mahmoud Abu Hamda & electronicintifada.net

Print

Ulasan Mingguan PACE | 16 - 22 Jan 2016

on .

Pada Rabu 20/1, seorang tentera Zionis Israel cedera dalam pertempuran dengan pejuang Intifada di penempatan Dznabah di Tulkrem. Menurut sumber daripda media Zionis, tentera Zionis Israel dengan jumlah yang ramai datang menyerbu kawasan berkenaan yang kemudiannya dihadang oleh pejuang-pejuang Intifada dengan tembakan api dalam beberapa minit sehingga tentera Zionis Israel mengumumkan salah seorang tenteranya tercedera. Pada Khamis 21/1 , tiga orang pejuang Intifada tercedera dalam satu pertembungan dengan tentera Zionis Israel di perkampungan Urief di Nabulus Tengah, yang terletak di utara Tebing Barat. Menurut laporan Quds Press, pertempuran berlaku selepas tentera Zionis Israel menyerbu kampung tersebut serta melepaskan gas pemedih mata serta menembak dengan menggunakan peluru yang bersalut getah ke arah pejuang yang melempar batu pada kenderaan tentera Zionis.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 9 - 15 Jan 2016

on .

Minggu ini menyaksikan meningkatnya serangan-serangan yang dilakukan oleh pejuang Intifada di Tebing Barat. Pada pagi 14/1, tentera Zionis Israel menembak seorang pemuda Palestin, Muayyid Auni al-Jabbarin 20 tahun sehingga mati kerana disyaki ingin menyerang tentera mereka di timur Hebron. Pada Zuhur hari yang sama, seorang komando tentera Zionis Israel cedera parah akibat ditikam oleh seorang pejuang Intifada di perlintasan 17 di Jabal Aibal Nablus. Sementara pemuda Palestin Haitsam Mahmud Barahimah Yasin 35 tahun dari Asherah utara yang melakukan operasi tikam tersebut syahid ditempat kejadian selepas ditembak askar Zionis Israel.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 2 - 8 Jan 2016

on .

Minggu ini menyaksikan empat orang pemuda Palestin terkorban ditembak oleh tentera Zionis Israel pada Khamis petang 7/1 di penempatan berasingan. Khalil Mohammad Shalaladah, 16 tahun, ditembak sehingga mati oleh tentera Israel di penempatan Beit Einun kerana disyaki ingin menikam seorang tentera mereka. Pada petang yang sama, tentera Israel telah menembak mati tiga orang pemuda Palestin di penempatan Gush Etzion kerana mereka disyaki ingin melakukan operasi tikam menurut akhbar 0404 Israel. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, jumlah syuhada Intifada ke-3 yang bermula awal Oktober 2015 lalu telah mencapai 149 orang, 28 daripadanya adalah kanak-kanak dan 7 orang wanita.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 19 - 26 Dis 2015

on .

Minggu ini menyaksikan meningkatnya serangan-serangan yang dilakukan oleh pejuang Palestin di Tebing Barat. Pada Khamis 24/12, seorang pemuda Palestin Muhammad Zahran 22 tahun ditembak mati oleh tentera Zionis Israel selepas berjaya menikam dan mencederakan dua orang askar Zionis Israel di kawasan perindustrian di penempatan Areil. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Palestin, seramai empat orang rakyat Palestin telah syahid pada khamis 24/12 dalam operasi berasingan di Tebing Barat. Menurut laporan Kementerian yang sama, sehingga kini jumlah syuhada Intifada ke-3 yg telah terkorban meningkat kepada 135 orang, 26 daripadanya adalah kanak-kanak dan 6 orang wanita.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud