Print

Ziarah ke Masjid Al-Aqsa? Fikir-fikirkan dahulu

Hari ini semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Agensi-agensi pelancongan pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.

Yang lebih mengejutkan, ada yang membawa pelancong sehingga ke Tel Aviv!

Ia cukup menghairankan.

Kenapa?

Tahukah anda Masjid Al-Aqsa terletak Baitul Makdis (Jerusalem)?

Dan tahukah anda Baitul Makdis berada di bawah kawalan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?

Ya, Masjid Al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu!

Print

SIRI AL-AQSA | Pengyahudian Al-Aqsa? (Bahagian 6)

SIRI AL-AQSA

BAHAGIAN 1: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 2: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 3: AL-QUDS REBUTAN 3 AGAMA?
BAHAGIAN 4: SAAT AL-AQSA JATUH KE TANGAN ZIONIS ISRAEL
BAHAGIAN 5: 21 OGOS - HARI AL-QUDS SEDUNIA

---

Pengyahudian Al-Aqsa

Istilah Pengyahudian atau Yahudinisasi merujuk kepada proses dan dasar penjajah Zionis terhadap Masjid al-Aqsa bagi merubah persekitaran keagamaan dan kebudayaan serta penduduk dari Arab Islam kepada bandar Yahudi ala Barat. Ianya berputar pada tiga aspek iaitu manusia, tanah dan tempat-tempat suci.

Percubaan membakar dan meletupkan Al-Aqsa

Sejarah telah mencatat sebilangan percubaan untuk membakar dan meletupkan Masjid al-Aqsa bermula dari 1969 sehingga yang terakhir pada 2015.

Print

SIRI AL-AQSA | 21 Ogos - Hari Al-Quds Sedunia (Bahagian 5)

SIRI AL-AQSA

BAHAGIAN 1: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 2: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 3: AL-QUDS REBUTAN 3 AGAMA?
BAHAGIAN 4: SAAT AL-AQSA JATUH KE TANGAN ZIONIS ISRAEL
BAHAGIAN 6: PENGYAHUDIAN AL-AQSA?

---

Ketika peperangan pada 5-10 Jun 1967, rejim Israel telah berjaya menawan Masjid al-Aqsa sekaligus mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa sebagai milik mereka. Tembok itu yang dikenali sebagai ‘tembok Buraq’ sebelumnya kini dikenali sebagai ‘ tembok meratap’.Penawanan terhadap tembok ini merupakan permulaan bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai “ The Temple Mount” atau “Haykal Sulaiman”.

Print

SIRI AL-AQSA | An Naksah : Saat Al-Aqsa jatuh ke tangan Zionis Israel (Bahagian 4)

 

SIRI AL-AQSA

BAHAGIAN 1: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 2: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 3: AL-QUDS REBUTAN 3 AGAMA?
BAHAGIAN 5: 21 OGOS - HARI AL-QUDS SEDUNIA
BAHAGIAN 6: PENGYAHUDIAN AL-AQSA?

---

An Naksah bermaksud kemunduran atau pengulangan, yang merujuk kepada kejadian semula Nakba - pengusiran rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka. 1967, pengusiran besar-besaran para penduduk Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis dan juga Gaza yang merupakan antara cebisan tanah yang terakhir dimiliki negara Palestin, sebelum ianya semua ditawan oleh rejim Zionis Israel dalam masa 6 hari. Tarikh ini dalam sejarah menandakan permulaan jajahan Israel terhadap Palestin yang telah berjaya menawan semua kota-kota dan bandar-bandar Palestin.
Print

SIRI AL-AQSA | Al-Quds Rebutan 3 Agama? (Bahagian 3)

SIRI AL-AQSA

BAHAGIAN 1: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 2: KENALI MASJID AL-AQSA

BAHAGIAN 4: SAAT AL-AQSA JATUH KE TANGAN ZIONIS ISRAEL
BAHAGIAN 5: 21 OGOS - HARI AL-QUDS SEDUNIA
BAHAGIAN 6: PENGYAHUDIAN AL-AQSA?

---

Adakah kota al-Quds menjadi rebutan kepada 3 agama iaitu Islam, Yahudi dan Nasrani? Kota al-Quds adalah kota penyatuan kepada 3 agama ini suatu ketika dahulu sehinggalah Israel Zionis datang dan melakukan pelbagai kekacauan dan kezaliman terhadap penduduk di Palestin.

1. Islam

Nama Masjid al-Aqsa disebutkan secara jelas dalam Al-Qur’an. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra:1

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِير

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. “

Print

SIRI AL-AQSA | Kenali Masjid Al-Aqsa (Bahagian 2)

SIRI AL-AQSA

BAHAGIAN 1: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 3: AL-QUDS REBUTAN 3 AGAMA?
BAHAGIAN 4: SAAT AL-AQSA JATUH KE TANGAN ZIONIS ISRAEL
BAHAGIAN 5: 21 OGOS - HARI AL-QUDS SEDUNIA
BAHAGIAN 6: PENGYAHUDIAN AL-AQSA?

---

8. Perjanjian Umar
Perjanjian yang ditulis oleh Khalifah Umar kepada penduduk al-Quds ketika membebaskan kota itu. Antara isinya adalah usaha pengurusan masjid tersebut yang pad ketika itu tidak terurus. Pembersihan ini menandakan kemuliaan tempat yang menjadi kiblat pertama umat Islam.


9. Masjid al-Qibli (batas paling selatan al-Aqsa)
Setelah pembebasan Masjid al-Aqsa, tejadinya perbezaan pendapat di kalangan para sahabat tentang arah kedudukan tempat solat, sama ada di belakang as-sakhrah atau mengahadap kiblat masjid (selatan)? Ka’ab al-Ahbar seorang ahlul kitab yang memeluk Islam telah mengusulkan kedudukan Imam di belakang as-sakhrah agar dapat menyatukan kiblat Yahudi dan Islam, namun pendapat tersebut ditentang oleh khalifah Umar yang menyatakan bahawa Ka’ab masih terpengaruh dengan unsur-unsur Yahudi. Akhirnya Umar memerintahkan kedudukan dijadikan tetap berada di hujung selatan iaitu arab kiblat, yang sekarang disebut dengan Masjid al-Qibli yang juga menandakan Batasan Masjid al-Aqsa yang paling selatan.
Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud