Print

ARIHA menyumbang RM23,000 kepada MyCARE

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menerima cek sumbangan berjumlah RM23,000 dari pihak Ariha Trading yang disampaikan oleh Pengurus Besar ARIHA Trading, Dr Yusuf Johari sambil diperhatikan oleh Pengurus ARIHA Trading, En. Abdul Azim Ismail kepada Pengurus Besar Operasi MyCARE, Puan Roha Hassan.

ARIHA memperkenalkan produk-produk 100% keluaran bumi Palestin dengan membawa objektif membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan para peladang, pekerja dan peniaga Palestin untuk menjamin ‘sustainability’ rakyat Palestin khususnya di Tebing Barat.

Print

Sumbangan daripada PPLGM

SUNGAI BULOH, 29 Januari 2018 – Satu majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung bertempat di Akademi Hevea Malaysia di antara Persatuan Pesara Lembaga Getah Malaysia (PPLGM) dan MyCARE.

PPLGM telah membantu menggumpulkan RM8,030.00 untuk disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Gaza yang akan disalurkan kepada bantuan musim sejuk di sana.

Print

Tadika Darul Ilmu taja anak-anak yatim Palestin

Tiga rangkaian Tadika Darul Ilmu telah menerima tabung MyCARE untuk tajaan Anak-Anak Yatim di bawah kelolaan MyCARE bagi tahun 2017.

Pelajar-pelajar Tadika Darul Ilmu berjaya menaja kawan-kawan seumur mereka sejak tahun 2016 di dalam kerjasama TDI - MyCARE Johor.

Print

Pelajar kolej turut menaja anak yatim

Alhamdulillah, dengan usaha mengumpulkan 190 orang penaja di kalangan pelajar-pelajar kolej dengan bayaran serendah RM1 sebulan, Saudara Usaid Bin Muhammad Asmadi berjaya menaja anak yatim buat kali ketiga. Kali ini beliau datang bersama 2 orang rakan wanita, Saudari Nur Syahirah Ain Binti Omar dan Natasha Binti Razak yang berjaya menaja seorang anak yatim dengan menggunakan inisiatif yang sama seperti beliau.

Aqsa Syarif dan MyCARE ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Usaid dan rakan-rakannya atas usaha mereka menjejaki 190 orang penyumbang di kalangan pelajar-pelajar untuk menaja seorang demi seorang anak yatim di negara-negara yang tidak bernasib baik.

Saudara Usaid dan rakan-rakannya telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk rakyat Malaysia khususnya remaja-remaja di luar sana untuk bersama menyumbang kepada anak-anak yatim Palestin, Syria dan Rohingya yang memerlukan.

JOM taja anak yatim PALESTIN, SYRIA dan FILIPINA di http://bit.ly/JomTajaAnakYatim

Terima kasih
Team Penajaan Anak Yatim MyCARE

Print

KPJ Ampang Puteri sumbang RM50,000

MyCARE telah menerima sumbangan bernilai RM 50,000 dari Pengarah Perubatan KPJ Ampang Puteri, Dato’ Dr. Abdul Wahab Ghani selaku wakil kepada 60 orang pakar konsultan di KPJ Ampang Puteri.

“Nilai bantuan ini adalah kecil berbanding dengan bantuan-bantuan yang disampaikan oleh rakyat Malaysia melalui MyCARE. Insya Allah kami berazam untuk menyemarakkan lagi isu-isu kemanusian khasnya kempen Winter Relief di kalangan pekerja-pekerja Hospital KPJ Ampang Puteri,.” ujar beliau semasa Sidang Media Winter Relief 2016.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud