Print

Adopt a Hafiz 2017

on .

Pernahkah kita terfikir mengapa warga Gaza masih mampu bertahan daripada serangan kejam Zionis Israel selama ini?

Apakah rahsia kekuatan mereka?

Jawapannya adalah al-Quran. Ya, al-Quran!

Bukan kerana al-Quran sebagai mushaf semata, tetapi kerana isi kandungan al-Quran, janji-janji Allah dan ganjaran orang yang mempertahankan agama hidup di hati mereka. Hasilnya mereka tidak gerun kepada dron, bom kimia, tentera zionis atau senapang, tetapi bertambah keyakinan kepada bantuan Allah walaupun senjata mereka hanyalah batu.

Dari generasi ke generasi, mereka terus mempertahankan Gaza sehingga ke hari ini. Inilah warisan perjuangan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang begitu berharga sekali.

Justeru, Aqsa Syarif dengan kerjasama Muslim Professionals Forum (MPF) ingin mengajak semua penyumbang yang budiman untuk sekali lagi turut serta dalam projek ‘Adopt a Hafiz’ 2017. Ini adalah tahun pertama penajaan bagi batch ke-2.

Seramai 610 bakal Hafiz dari Darul Quranul Karim wa Sunnah (DQWS) sedang menantikan penajaan anda!

Dengan RM900.00, anda akan menaja seorang Hafiz al-Quran di Gaza dan memastikan perjuangan membebaskan Palestin terus kuat dan teguh berkat didikan al-Quran kepada generasi muda pewaris pejuangan.

Ayuh, jangan lepaskan peluang ini! Salurkan penajaan anda segera ke:

CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
BANK ISLAM: 1209-20100-34904

JomPAY Biller Code: 6197
Derma ONLINE: www.billplz.com/tajahafiz

Emelkan salinan bank slip ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. beserta maklumat peribadi anda; nama, nombor telefon dan alamat surat-menyurat (kecuali transaksi melalui billplz.com).

Resit dikeluarkan atas permintaan penderma.

*Untuk laporan penajaan batch pertama bagi Adopt A Hafiz 2013-2016, sila klik link berikut: http://bit.ly/laporan-batch-1

*Billplz adalah kaedah sumbangan online baru kami yang boleh dipercayai

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud