Print

MyCARE Education Fund

on .

 
Satu kempen yang dijalankan khusus untuk membantu para pelajar dari wilayah konflik atau miskin yang memerlukan bantuan dana untuk persekolahan mahupun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kempen ini menyasarkan jumlah kutipan RM 2 juta untuk diagihkan kepada 5,000 penerima manfaat di Nusantara, Palestin, Iraq dan Syria.


Antara pakej penajaan di dalam projek MyCARE Education Fund adalah:
  1. Infaq Siswa : RM100/unit

Bertujuan untuk meringankan beban pelajar Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat universiti sama ada di Malaysia ataupun di luar negara. Penajaan ini baru bermula pada tahun 2016.

Para pelajar yang layak untuk mendapat penajaan dari rakyat Malaysia melalui MyCARE mesti memenuhi beberapa kriteria yang telah disaring oleh pihak Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) dan Iternational Educational Scientific Cultural Organization Berhad (IESCO – NGO kerjasama MyCARE). Antara kriteria tersebut adalah:

  • Rakyat Palestin yang berada di Gaza dan Tebing Barat
  • Tidak berkemampuan untuk menampung perbelanjaan pelajaran
  • Bidang pengajian utama yang ingin dipelajari mestilah diperlukan di Palestin
  • Menguasai bahasa Inggeris
  • Menabur bakti di Palestin sekurang-kurangnya 10 tahun selepas tamat pengajian

Semoga melalui projek berbentuk jangka panjang ini boleh membina generasi masa hadapan Palestin yang celik ilmu sekaligus membebaskan Palestin daripada terus dijajah.

MyCARE menyasarkan 11,000 unit untuk ditaja bagi menampung kos perbelanjaan pendidikan para siswa ini.

  1. MyMuhajirin : RM50/unit

Mengambil contoh persaudaraan Muhajirin dan Ansar, tabung ini diwujudkan khusus untuk membantu keluarga pelarian Palestin yang berlindung di Malaysia bagi memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan. Tabung ini juga dimanfaatkan untuk kes-kes kecemasan yang melibatkan pelajar.

Sasaran bagi projek ini adalah sebanyak 4000 unit tajaan.

  1. Back2School : RM150/unit

Pakej ini pula membantu membekalkan perkakas sekolah kepada kanak-kanak Palestin, Syria, Iraq, Vietnam, Filipina, Rohingya, Malaysia dan negara-negara lain yang MyCARE santuni. Setiap unit sumbangan mengandungi alat tulis, buku, uniform (pakaian sekolah) dan beg sekolah.

MyCARE telah melaksanakan penajaan Back2School (B2S)sejak tahun 2013. Pada tahun 2016, penduduk di Kuching, Kota Samarahan dan Bintulu antara penerima manfaat B2S. Penyaluran telah dibuat tanpa mengira latarbelakang bangsa dan agama kerana pendidikan adalah hak asasi setiap individu.

Untuk menyumbang, sila klik:

MyCARE Education Fund

ATAU

melalui akaun bank secara deposit dan maklumkan kemasukan ke  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

CIMB Islamic: 8602-135-592
MaybankIslamic: 5515-7500-4299

Bank Islam: 1209-2010-0349-04
JomPAY (ID: 6197)

Untuk sebarang pertanyaan dan makluman berkenaan dengan kempen ini, sila hubungi En. Aiman di talian 018-383 2458.

Jazakumullahu khairan kathir.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud