Print

Penyaluran Winter Relief ke kem pelarian Palestin di Lubnan

on .

Sekali lagi bantuan anda sampai kepada mereka!

Pada lewat tahun 2017, MyCARE serta agensi-agensinya menjalankan kempen Winter Relief bagi membantu pelarian-pelarian yang tidak mempunyai kelengkapan untuk menghadapi musim sejuk.

Dengan khemah-khemah yang diperbuat daripada kain, rumah-rumah yang lopong serta ketiadaan punca rezeki membuatkan mereka resah apabila tiba musim sejuk.

Tahukah anda, terdapat beberapa angka korban akibat musim sejuk yang membunuh?

Dengan keprihatinan dan sokongan kuat rakyat Malaysia, MyCARE telah menghantar bantuan kepada 124 buah keluarga Palestin yang tinggal di kem pelarian di Lubnan.

Antara barangan yang telah dihantar adalah:

  • 1,200 liter minyak
  • 75 pek makanan
  • 49 buah pemanas
  • 30 helai selimut tebal
  • 30 buah tilam

Penerima manfaat: 124 buah keluarga miskin dan memerlukan di kem pelarian

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Pelarian-pelarian Palestin ini bersyukur dan mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada individu atau korporat yang telah menyumbang kepada mereka melalui MyCARE.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan kepada MyCARE.

Teruskan berkongsi rezeki bersama saudara-saudara kita yang memerlukan.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud